Undang - Undang

Kementerian Akan Menangguhkan Untuk Sementara Waktu Penguatkuasaan VEP

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah menyiarkan kenyataan media mengenai Permit Kemasukan Kenderaan Bermotor Asing (VEP).\

Adalah dimaklumkan bahawasenya sesiapa yang ingin memandu kenderaan asing masuk ke Malaysia dikehendaki terlebih dahulu memohon permit kemasukan.

Ini adalah supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mempunyai rekod dan memantau kenderaan bermotor asing yang bergerak masuk dan keluar negara.

Pendaftaran untuk VEP sebenarnya telah dibuka sejak April 2019.

Tempoh 6 bulan telah diberikan kepada pemilik kenderaan asing untuk menyelesaikan proses pendaftaran sehingga Oktober 2019.

Pemilik kenderaan asing masih boleh mendaftar untuk VEP melalui portal, https://vep.jpj.gov.my  dan mendapatkan tag VEP-RFID dipasang di empat Pusat Fitmen (FC) yang ditetapkan di Johor Bahru seperti berikut:

(i) Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) arah selatan Gelang Patah;

(ii) Tempat meletak kenderaan terbuka Plaza Angsana; 2

(iii) RnR Pandan; dan

(iv) Toll Plaza Kedai Lima.

Walau bagaimanapun, memandangkan beberapa isu yang telah dibawa ke pengetahuan Kementerian terutamanya berkaitan kesukaran untuk mendapatkan temujanji untuk pemasangan RFID Tag, Kementerian akan menangguhkan untuk sementara penguatkuasaan VEP di semua laluan keluar di KSAB dan BSI semasa waktu aliran trafik puncak sehingga notis baharu dikeluarkan mengenainya.

Untuk maklumat lanjut dan terperinci mengenai VEP, sila hubungi +607-5950669, atau e-mel aduanvep@jpj.gov.my.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media

Kenyataan Media MOT VEP (edited) 22092019.1

Kenyataan Media MOT VEP (edited) 22092019.2

Previous post

Kereta Terpakai Honda Jade RS

Next post

Pandu Uji - Nissan LEAF Generasi Kedua

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *