Cerita Auto

MYPerodua Nation 2019 Ditangguhkan Akibat Jerebu

Perodua telah mengambil keputusan untuk menangguhkan karnival tahunan terbesar mereka, MYPerodua Nation ke tarikh yang akan diberitahu kelak berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk yang melanda di seluruh negara.

MyPerodua Nation

Karnival ini sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini, dari 20hb-22hb September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam.

“Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan sekitar telah dilaporkan sangat tidak sihat dengan catatan bacaan melebihi 200. Perodua tidak akan sama sekali mendedahkan para pelanggan, pelawat dan kakitangan kami kepada sebarang risiko kesihatan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas segala kesulitan berikutan penangguhan MYPerodua Nation ini. Kami sedang mengkaji semua alternatif dan akan mengumumkan perkembangan mengenai acara ini dalam masa yang terdekat,” katanya.

Previous post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Isuzu D-Max 1.9 Ddi BluePower

Next post

Hyundai i10 Baharu Ada Banyak Alatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>