Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Lancar Kriss 110, Pulsar NS160

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat DRB-Hicom Berhad, hari ini melancarkan dua motosikal baharu untuk pasaran tempatan iaitu Kriss 110 dan Pulsar NS160.

Modenas Kriss 110 Pulsar NS160

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, dengan pelancaran dua model ini, Modenas yakin akan dapat meningkatkan lagi pegangan pasaran bagi segmen motosikal moped dan ‘street bike’ dari 3.9% kepada 6% menjelang akhir tahun ini.

Kriss 110

IMG_0917

Disasarkan kepada golongan muda yang ingin membeli motosikal pertama yang mampu milik dan mudah dikendali, Kriss 110 tampil dengan reka bentuk kompak dan bergaya dengan rim 17 inci dan ruang penyimpanan yang luas di bawah tempat duduk.

Modenas Kriss 110 02

Tempat duduk yang direka secara ergonomik berada pada ketinggian 755 mm bagi memastikan model ini menawarkan keselesaan menunggang yang maksimum.

Modenas Kriss 110 03

Kriss 110 dikuasakan oleh enjin 110cc silinder tunggal dengan penyejukan udara yang menjana 4.7 bhp pada 8,000 rpm. Tangki minyak berkapasiti 4.2 liter dikatakan mampu memberikan jarak tunggangan sejauh 200 km dengan setiap tangki penuh.

Modenas Kriss 110 04

Harga yang ditawarkan bagi Kriss 110 adalah RM3,377 termasuk waranti untuk dua tahun atau 20,000 km.

Pulsar NS160

IMG_0950

Sementara itu, Pulsar NS160 pula disasarkan kepada golongan eksekutif muda dan juga mereka yang ingin menaik taraf dari moped kepada street bike tanpa mengeluarkan belanja yang besar.

Modenas Pulsar NS160 02

Memacu model ini adalah enjin SOHC yang menghasilkan 11.05 kW pada 8,500 rpm dan 13.99 Nm, terima kasih kepada penggunaan sistem suntikan bahan api keluaran Bosch. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi lima kelajuan.

Modenas Pulsar NS160 03

Antara kelengkapan utama yang ada pada model ini adalah sistem gantungan Nitrox monoshock pada bahagian belakang yang dijana untuk memberikan tunggangan yang selesa sama ada di jalan raya atau di jalan desa. Turut disertakan adalah lampu utama dan lampu isyarat LED.

Modenas Pulsar NS160 04

Pulsar NS160 ditawarkan pada harga RM7,577. Modenas menetapkan sasaran jualan tahunan sebanyak 35,000 unit bagi Kriss 110 dan 1,500 unit untuk Pulsar NS160. Kedua-dua modle ini boleh didapati di wakil pengedar bermula Oktober 2019.

Previous post

Porsche Cayenne Turbo Coupe Akan Datang Ke Malaysia

Next post

M135i Akan Ke Malaysia Untuk Menyaingi A45 AMG

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *