Cerita Auto

Lexus RX Facelift Masuk Pasaran Malaysia – Dari RM399,888

Selain ES 250, Lexus Malaysia turut memperkenalkan RX versi facelift pada acara yang sama. Ia tampil dengan rekaan baru yang lebih segar, teknologi keselamatan terkini serta sistem multimedia dan skrin sentuh yang boleh dihubungkan terus kepada telefon pintar.

Lexus RX Facelift

Tambahan terbaru bahagian jeriji spindle berserta lampu utama yang lebih tirus bersekali dengan lampu nyalaan siang memberikan ketajaman baru untuk wajah depannya. Di belakang, kombinasi lampu dalam bentuk ‘L’ mewakili penekanan terhadap jenama Lexus.

Ruang kabin turut diperkemas dengan sistem multimedia dengan skrin sentuh serta sambungan ke telefon pintar melalui ciri Android Auto dan Apple CarPlay. Naiktaraf lain termasuk paddle shifter, pemegang telefon pintar di konsol tengah serta dua slot USB di depan dan juga di belakang. Pengecas tanpa wayar turut disediakan untuk kemudahan penumpang.

Lexus-RX-2020-1280-18

Dari sudut keselamatan, RX kini dilengkapi dengan ciri Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS) jenis BladeScan  yang pertama di dunia. Ciri ini menghasilkan pencahayaan lebih luas untuk membolehkan pemandu kekal dengan mod lampu tinggi tanpa menyilaukan mata pemandu yang datang dari arah bertentangan. Lexus Safety System + (LSS+) turut disertakan.

SUV ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menjana 235 hp dan 350 Nm. Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

Lexus-RX-2020-1600-0a

Dari segi harga, RX boleh didapati pada harga RM399,888 bagi varian Premium, RM424,888 bagi varian Luxury dan RM439,888 bagi F-Sport.

Previous post

Lexus ES 250 Generasi Ketujuh Dilancarkan - Dari RM299,888

Next post

Volkswagen Tawar Rebat RM2,000 Untuk Golf GTI dan Golf R

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>