Berita Auto

Lexus ES 250 Generasi Ketujuh Dilancarkan – Dari RM299,888

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus ES 250 generasi ketujuh bagi pasaran tempatan. Hadir dengan reka bentuk dan kelengkapan yang dipertingkatkan, sedan tersebut ditawarkan dalam dua varian itu Premium dan Luxury.

Lexus ES 250

Bertemakan “Provocative Elegance”, ES baru tampil dengan garis bumbung lebih rendah di belakang yang memberikannya imej seakan sebuah coupe. Rekaan baru ini bukan sahaja lebih sporty, malah turut menyumbang kepada aerodinamik yang lebih cekap.

Dikenali sejak awal sebagai sebuah kereta yang selesa dan penuh sentuhan kehalusan, model ini menggunakan casis serba baru yang menghasilkan penampilan lebih dinamik serta prestasi pemanduan yang lebih jitu.

Lexus-ES-2019-1280-6f

Di dalam, aspek keselesaan dipertingkat bagi semua penumpang dengan jarak pemisah bersebelahan 1,022 mm, serta ruang kabin yang lebih luas dan senyap. Tempat duduk belakang juga diberikan ciri larasan kuasa elektrik untuk memudahkan penumpang.

Bagi ciri keselamatan, ES kini dilengkapi dengan versi terkini Lexus Safety System + (LSS+), yang hadir dengan pakej termaju merangkumi pelbagai teknologi keselamatan aktif. Ini menjadikannya antara sedan eksekutif mewah yang paling selamat di
dalam kelasnya.

Lexus-ES-2019-1024-43

Menggerakkan kereta mewah ini ialah enjin 2.5 liter empat-silinder sebaris (A25A- FKS) yang menghasilkan kuasa sebanyak 204 hp pada 6,600 rpm dan 247 Nm pada 5,000 rpm. Enjin VVT-iE (Variable Valve Timing – Intelligent by Electric Motor) ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift yang menampilkan Artificial Intelligence Shift Control.

Lexus ES dijual pada harga RM299,888 bagi varian Premium dan RM332,888 bagi varian Luxury. Harga-harga yang disebutkan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans.

Previous post

CT200 Hibrid Dari Lexus Patut Diberi Pertimbangan

Next post

Lexus RX Facelift Masuk Pasaran Malaysia - Dari RM399,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *