Senarai Harga

Senarai Harga Kereta Nissan Malaysia [2019]

Harga-harga berikut diambil daripada laman web rasmi Nissan. Ia adalah harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans bagi model-model yang dijual di Malaysia.

Senarai Harga Nissan

Almera

  • 1.5L E A/T – RM69,888
  • 1.5L VL A/T – RM79,888

03 New Almera Black Series _New Titanium Olive

Serena

  • 2.0L Highway Star – RM131,888
  • 2.0L Premium Highway Star – RM141,888

?????????????????????????????????????

X-Trail

  • 2.0L 2WD -RM133,888
  • 2.0L 2WD MID – RM145,888
  • 2.5L 4WD – RM153,888
  • 2.0L HYBRID – RM159,888

4_New Nissan X-Trail X-Tremer_Brilliant White

LEAF

  • RM188,888

New-Nissan-Leaf_Front-620x350

Navara

  • Double Cab 2.5L SE M/T – RM98,888
  • Double Cab 2.5L SE A/T – RM103,888
  • Double Cab 2.5L V A/T – RM115,888
  • Double Cab 2.5L VL A/T – RM123,888
  • Double Cab 2.5L VL Plus A/T – RM129,888

????????????????????????

Mengenai Nissan

Ditubuhkan di bandar Yokohama, Wilayah Kanagawa, Jepun pada 1933, Nissan Motor Co., Ltd. kini menghasilkan kenderaan di 20 buah negara di seluruh dunia termasuk Jepun. Ia telah berkembang menjadi syarikat bertaraf dunia dengan pelbagai jenis produk – kereta, trak, forklift, bot dan juga roket.

Tan Chong Motor

Di Malaysia, kisah Nissan bermula pada era 1950-an apabila Tan Chong Motor memulakan perniagaan sebagai pengedar kenderaan kecil-kecilan. Pada 1957, Tan Chong Motor dilantik sebagai pemegang francais bagi Nissan/Datsun yang menjual kereta Jepun pertama yang dipasang secara tempatan.

Sejak dari itu, Tan Chong Motor berkembang dengan pesat dan hari ini, ia merupakan organisasi dinamik dengan pencapaian yang mantap. Berikut adalah beberapa fakta penting mengenai syarikat ini:

  • Ia merupakan pengedar eksklusif kenderaan penumpang dan kenderaan komersial ringan Nissan, Infiniti dan Renault di Malaysia
  • Mempunyai 98 cawangan jualan dan pengedar di seluruh negara; disokong oleh 91 pusat servis
  • Kumpulan ini rata-rata mempunyai 13% pegangan pasaran bagi jualan kereta bukan nasional dan 5.4% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV)
  • Terdapat dua kilang pemasangan di Segambut dan Serendah, masing-masing dengan kapasiti untuk menghasilkan 20,000 dan 18,000 unit kenderaan setiap tahun
Previous post

Senarai Harga Kereta Perodua [2019]

Next post

Pandu Uji - Mazda3 1.5L Hatchback

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *