Berita Auto

Ferrari F8 Spider Ganti 488 Spider

Kira-kira enam bulan selepas F8 Tributo dilancarkan, Ferrari kini mendedahkan pula versi convertible yang dikenali sebagai F8 Spider. Sebagaimana F8 merupakan pengganti kepada 488 GTB yang hadir sebelumnya, model terbaru ini akan mengambil alih tempat 488 Spider dalam barisan model V8 Ferrari.

Ferrari F8 Spider

Sebahagian besar reka bentuk badan F8 Spider adalah sama dengan versi Tributo, kecuali pada bahagian belakang di mana panel bumbung dan cermin penutup ruang enjin digantikan dengan dua ‘flying buttresses’.

2020-ferrari-f8-spider (4)

Di bawah komponen tersebut adalah ruang penyimpanan bumbung jenis Retractable Hard Top (RHT) apabila ia dibuka. Menurut Ferrari, bumbung tersebut mengambil masa 14 saat untuk dibuka dan ini boleh dilakukan ketika kereta bergerak pada kelajuan sehingga 45 km/j.

2020-ferrari-f8-spider (1)

F8 Spider dikuasakan oleh enjin twin-turbo 3.9-liter V8 yang menjana 711 hp dan 770 Nm, dengan padanan transmisi klac berkembar F1 tujuh kelajuan. Sebagai model convertible, ia lebih berat sebanyak 70 kg jika dibandingkan dengan F8 Tributo.

2020-ferrari-f8-spider (3)

Walaupun begitu, model ini mempunyai masa pecutan 0-100 km/j yang sama dengan versi coupe tersebut iaitu 2.9 saat. Cuma, masa pecutan 0-200 km/j adalah lebih perlahan sedikit iaitu 8.2 saat berbanding 7.8 saat yang dicatatkan oleh F8 Tributo. Bagaimanapun, kelajuan maksimum bagi kedua-dua model F8 ini adalah sama iaitu 340 km/j.

2020-ferrari-f8-spider (2)

Antara kelengkapan baru yang terdapat pada F8 Spider adalah sistem Side Slip Angle Control versi 6.1 serta Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+).

Previous post

Pusat 3S Kia Tampoi Kini Dibuka

Next post

Karnival MYPerodua Nation Bakal Gegar Shah Alam Sekali Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *