Uncategorized

Dapatkan Kereta Idaman Anda di Acara BMW Premium Selection 2019

BMW Group Malaysia akan menghoskan acara BMW Premium Selection selama tiga hari iaitu dari 13 hingga 15 September ini. Ia merupakan acara kenderaan pramilik yang terbesar dianjurkan oleh BMW Group Malaysia setakat ini, menampilkan barisan model X5, 3 Series, 7 Series, motosikal BMW Motorrad serta barisan model MINI.

BMW Premium Selection 2019

BMW menawarkan insurans komprehensif bertempoh satu tahun secara percuma bagi pendaftaran awal yang dibuat untuk penyertaan acara BMW Premium Selection 2019.

Bagi melayakkan diri untuk mendapat insurans percuma tersebut, perserta perlu membuat pendaftaran awal melalui laman web rasmi BMW Premium Selection bermula hari ini. Setelah pendaftaran dibuat, peserta akan menerima kod QR unik  yang akan melayakkan mereka untuk mendapatkan tawaran eksklusif tersebut.

Laman web BMW Premium Selection merupakan sebuah platform bereputasi yang memudahkan aktiviti jual beli bagi pemilik BMW dan MINI. Ia memfokuskan kepada kenderaan yang tepat dengan rekod penjagaan yang baik. Jika sesebuah jentera BMW dan MINI tidak dijaga dengan teliti, ia tidak akan diberikan status BMW Premium Selection.

2. BMW Premium Selection

Selain itu, pelbagai manfaat lain turut ditawarkan, termasuk Waranti ‘BMW Premium Selection’ atau Waranti ‘MINI Used Car Next’ bertempoh 12 bulan, Pemeriksaan Teknikal dan Optikal 360 Darjah, serta Rekod Servis yang Disahkan dan Rekod Kenderaan yang mendokumenkan kerja-kerja pemeriksaan serta penyenggaraan yang dijalankan.

Para pemilik juga layak untuk mengakses solusi-solusi pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia serta Bantuan Tepi Jalan BMW (BMW Roadside Assistance).

Di samping itu, pemilik yang ingin menukar beli jentera BMW atau MINI mereka dapat menikmati pelbagai manfaat seperti penilaian khas, transaksi mudah serta penilaian kereta terpakai yang telus dari rumah mereka sendiri.

Lebih daripada 500 unit kenderaan BMW dan MINI pramilik kini tersedia untuk tatapan umum di laman web rasmi BMW Premium Selection. Sesi pandu uji bagi kesemua model yang disenaraikan di laman web berkenaan juga akan disediakan sewaktu acara tersebut.

Maklumat lanjut mengenai acara BMW Premium Selection 2019 akan diumumkan tidak lama lagi.

Previous post

Mazda CX-5 2.5L Turbo AWD Bakal Dipamerkan Esok

Next post

Harga Jualan Palsu Proton X50 Beredar Di Internet

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *