Berita Auto

BMW 330i M Sport Versi CKD Dilancarkan di Malaysia

BMW Group Malaysia telah melancarkan 330i M Sport, sekaligus mengembangkan portfolio model BMW yang dipasang secara tempatan.

BMW 330i M Sport CKD

Bagi bahagian luaran, model ini hadir dengan jeriji kidney lebih besar, lampu LED adaptif dengan teknologi Bi-LED, lampu belakang yang digelapkan, bibir spoiler aerodinamik, rim aloi ringan ‘790 M’ berukuran 18 inci dalam kemasan dwi tona Orbit Grey dan paip ekzos berkembar bersaiz 90 mm.

The New BMW 330i M Sport (7)

Di dalam pula terdapat stereng M Sport multifungsi, paddle shifter dan pencahayaan ambien. Antara ciri utama adalah BMW Intelligent Personal Assistant dan Kunci Digital serta inovasi keselamatan yang ditawarkan dalam bentuk Park Assist dan Reverse Assist.

The New BMW 330i M Sport (13)

Turut disertakan adalah BMW Live Cockpit Professional yang merangkumi kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci serta paparan kawalan bersaiz 10.25 inci dengan fungsi sentuh.

The New BMW 330i M Sport (14)

330i M Sport dipacu oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 258 hp dan 400 Nm. Dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan yang dikemas kini, ia memerlukan 5.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 250 km/j dan boleh mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

The New BMW 330i M Sport (9)

Tahap ketegaran struktur badan dan sambungan sistem suspensi turut dipertingkatkan, dengan pengagihan berat gandar 50:50 dan pusat graviti yang rendah. Selain suspensi M Sport, model ini turut mendapat sistem brek M Sport dengan angkup biru yang memaparkan logo M.

The New BMW 330i M Sport (11)

330i M Sport ditawarkan dalam warna Alpine White, Black Sapphire dan Mineral Grey. Warna Portimao Blue boleh didapati bermula Januari 2020 manakala Sunset Orange pula bermula Mac 2020.

The New BMW 330i M Sport (8)

Bagi bahagian dalaman pula, pelanggan boleh memilih upholsteri kulit ‘Vernasca’ berwarna hitam atau upholsteri kulit ‘Vernasca’ berwarna ‘cognac’.

The New BMW 330i M Sport (10)

Harga jualan bagi 330i M Sport CKD bermula RM288,000 iaitu RM40,000 lebih murah berbanding versi CBU. Ia didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan bertempoh lima tahun, program servis berjadual percuma dan program waranti tayar bertempoh dua tahun.

Previous post

Adoi! Lamborghini Urus Langgar BMW Wagon

Next post

Kalau Kita Kata Bangang, Marah! Habis Ni Macam Mana?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *