Berita Auto

Aston Martin DBX Lebih Berkuasa Dari DB11, Vantage

Aston Martin secara rasmi mengesahkan bahawa SUV pertamanya iaitu DBX akan didedahkan sepenuhnya pada bulan Disember ini.

Aston Martin DBX

Pengeluar supercar dari UK itu turut menyatakan bahawa model itu akan tampil dengan enjin AMG 4.0-liter twin-turbo V8 seperti yang terdapat pada DB11 dan Vantage.

aston-martin-dbx (2)

Bagaimanapun, bagi DBX, kuasa enjin tersebut telah dipertingkatkan dari 510 PS/675 Nm kepada 550 PS dan 700 Nm. Ini secara tidak langsung menjadikannya enjin V8 paling berkuasa dalam rangkaian model Aston Martin.

aston-martin-dbx (3)

Syarikat itu masih belum mendedahkan angka prestasi DBX, namun mengesahkan bahawa tidak mempunyai masalah untuk mencapai kelajuan 290 km/j berulang kali semasa dalam fasa ujian.

aston-martin-dbx (1)

Selain itu, ia juga dikatakan mampu mencatat masa kurang lapan minit di litar Nurburgring Nordschleife, selain mempamerkan kelajuan di selekoh yang setara dengan Vantage dan prestasi membrek yang lebih hebat berbanding DBS Superleggera.

Jika dakwaan ini benar, Aston Martin nampaknya mempunyai produk yang mampu untuk memberikan saingan sengit kepada Lamborghini Urus dan Bentley Bentayga. Sama-sama kita nantikan kehadiran DBX pada penghujung tahun ini.

 

Previous post

Kereta Hibrid Terlalu Panas Di Malaysia Ujar Petronas

Next post

Siapa Kata Kereta CC Besar Kena Bayar Cukai Jalan Mahal???

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *