Cerita Auto

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Isuzu D-Max 1.9 Ddi BluePower

Trak pikap yang ditunggu-tunggu iaitu Isuzu D-Max 1.9 Ddi BluePower akhirnya memasuki pasaran Malaysia, kira-kira empat tahun selepas model itu dilancarkan di Thailand.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Anda mungkin tertanya-tanya model ini mengambil masa yang lama untuk tiba di Malaysia. Menurut Isuzu Malaysia, mereka perlu menjalankan ujian secara meluas terlebih dahulu bagi memastikan enjin baharu ini sesuai untuk digunakan di negara kita.

Isuzu D-Max

Namun, penantian ini boleh dikatakan berbaloi kerana enjin yang dikenali dengan kod RZ4E-TC ini mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan enjin 2.5 liter sebelum ini. Antaranya adalah:

  • Ia menjana 150 PS pada 3,600 rpm dan 350 Nm pada 1,800-2,600 rpm – peningkatan sebanyak 10% dan 9% berbanding enjin 2.5 4JK1-TCX yang digunakan sebelum ini
  • Ia 56 kg lebih ringan – ini pastinya memberi kelebihan dari segi pengendalian
  • Ia 19% lebih cekap bahan api berdasarakan ujian yang dijalankan oleh Isuzu di Thailand

Isuzu D-Max

  • Geseran antara komponen dalaman berkurang sebanyak 37% – ini dapat memanjangkan jangka hayat enjin
  • Lebih senyap dan lebih lancar
  • Cukai jalan lebih murah

Isuzu D-Max

Bukan itu sahaja, D-Max 1.9 Ddi BluePower juga menjadi trak pikap pertama di negara ini yang diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) selari di bawah Peraturan 101 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Isuzu D-Max

Selain enjin baharu, D-Max turut mendapat:

Luaran

  • Rekaan jeriji terkini
  • Lampu hadapan projektor Bi-LED
  • Lampu nyalaan siang LED

Isuzu D-Max

  • Rim aloi 18 inci baharu
  • Kemasan krom pada lampu kabus
  • Pelekat badan sporty

Isuzu D-Max

  • Cermin sisi lipat automatik
  • Tailgate Assist (pilihan)

Dalaman

  • Upholsteri fabrik premium (kulit/fabrik untuk varian 4X4)
  • Stereng multifungsi dengan balutan kulit

Isuzu D-Max

  • Material ‘soft touch’ pada papan pemuka dan panel pintu
  • Port USB pada tempat duduk

Isuzu D-Max

  • Skrin sentuh infotainment 8 inci dengan GPS dan lapan pembesar suara
  • Passive Entry Start System (PESS)

Keselamatan

  • dua beg udara
  • Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA)

Isuzu D-Max

  • Traction Control System (TCS)
  • Electronic Stability Control (ESC)

Isuzu D-Max

  • Hill-Descent Control (HDC)
  • Hill-Start Assist (HSA)

D-Max 1.9 Ddi BluePower ditawarkan dalam lapan varian kesemuanya. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan (OTR) tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia:

  • 4X2 MT Low-Ride – RM80,149.20
  • 4X2 MT Hi-Ride – RM86,699.20
  • 4X4 MT Type B – RM96,699.20

Isuzu D-Max

  • 4X4 MT Premium – RM105,999.20
  • 4X4 AT Type B – RM104,599.20
  • 4X4 AT Hi-Ride – RM100,049.20

Isuzu D-Max

  • 4X4 AT Premium – RM115,799.20
  • 4X4 MT Single Cab – RM85,799.20
Previous post

Isuzu D-Max Baharu Pikap EEV Pertama Di Malaysia

Next post

MYPerodua Nation 2019 Ditangguhkan Akibat Jerebu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>