Penyelenggaraan

Walnut Blasting Decarbonizer Dari Volkswagen

Ini adalah  tambahan kepada servis selepas jualan baharu Volkswagen. Boleh didapati di semua pengedar sah mereka. Salah satu insiatif Volkswagen Cares. Harga? Hanya RM515. Ini adalah satu langkah preventif. Harus dilakukan setiap 45,000km. Walnut Blasting Decarbonizer adalah satu proses menggunakan kulit kayu walnut untuk menghilangkan karbon yang melekat di dalam enjin.

BHP Banner VW Walnut

Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 6 Ogos 2019 – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan satu servis selepas jualan yang baru – Walnut Blasting Decarbonizer di semua pengedar sahnya. Menjadi sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares, perkhidmatan itu boleh didapati pada harga serendah RM515 dan dicadangkan sebagai satu langkah preventif bagi setiap 45,000km.

Volkswagen Walnut Blasting Decarbonizer menggunakan kulit kayu walnut untuk menghilangkan karbon yang melekat di dalam enjin bagi menawarkan pemanduan lebih bersih dan lancar. Diperakui dan diluluskan oleh Volkswagen AG, langkah ini dilihat ekonomikal, efisien dan tidak menghakis kerana ia tidak menggunakan bahan kimia berbahaya.

Semua kereta dengan enjin pancitan terus yang menggunakan bahan api akan menghasilkan deposit karbon akibat kesan proses pembakaran, ia kemudian menyebabkan prestasi enjin menjadi lembab. Selepas bertahun-tahun, ia akan membentuk jelaga yang keras di sekeliling injap pengambilan. Jelaga tersebut menimbulkan halangan di dalam enjin dan membuatkan enjin hilang kuasa, panas dan penggunaan bahan api lebih tinggi. Selain daripada lampu amaran Electronic Power Control dan enjin menyala, simptom lain ialah bunyi melahu yang kasar, pecutan tidak lancar, cetusan terputus-putus dan bunyi ketukan (knocking).

Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Erik Winter memberitahu penambahan servis ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan di bawah janji Volkswagen Cares. “Sedia maklum bahawa pelanggan adalah keutamaan kami. Kami akan terus mencari jalan untuk menambah baik perkhidmatan dan tawaran kepada para pelanggan di bawah janji jenama VW Cares demi memberi perkhidmatan berkualiti serta bernilai tambah. Ini merupakan salah satu daripada lebih banyak yang akan kami tawarkan nanti.”

Para pemilik kenderaan Volkswagen dinasihatkan untuk menghilangkan karbon enjin setiap 45,000km sebagai satu langkah preventif dan mendapatkan bantuan lanjut daripada mana-mana pengedar sah.

Promosi Selepas Jualan yang Sedang Berlangsung Sekarang

Penyerap Hentak

Pemilik sedia ada boleh mendapatkan pemeriksaan percuma di pusat servis Volkswagen. Manakala mereka yang perlu menukar penyerap hentak akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20% daripada harga asal. Diskaun ini ditawarkan pada penyerap hentak dan pegas gegelung tulen Volkswagen.

Tayar

Sebagai sebahagian daripada promosi tayar yang telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini, nikmati tayar berkualiti pada harga bermula serendah RM184 serta dapatkan faedah-faedah tambahan seperti pemasangan, penjajaran dan seimbangan secara percuma yang didatangkan bersama pakej tayar.

Bateri

Pelanggan yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20% ke atas bateri baharu pada harga bermula RM355 (bergantung kepada model), di bawah promosi bateri sedia ada. Promosi ini juga telah dilanjutkan sehingga hujung tahun.

Pemilik Volkswagen boleh memuat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares untuk mendapatkan kemas kini tentang inisiatif Volkswagen Cares yang lain.

Walnut Blasting Decarbonizer 1

 

 

Previous post

Perodua Myvi Masuk Pasaran Mauritius

Next post

Kereta Semakin Besar Tetapi Lot Pakir Kereta Tidak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *