Berita Auto

Toyota Fortuner Ditambah Baik, Harga Kekal

UMW Toyota Motor mengumumkan kehadiran Toyota Fortuner yang dilengkapi dengan beberapa ciri baharu. Tempahan bagi model ini telah dibuka di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara.

Toyota Fortuner

Fortuner 2.7 SRZ dan 2.4 VRZ pula kini dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay sebagai ciri standard, berserta skrin berukuran 9 inci sebagai sistem infotainmen. Ini menyediakan sambungan mudah bagi kebanyakan telefon pintar masa kini, dengan sambungan dibuat menerusi perisian berkaitan yang perlu dimuat turun.

Untuk perlindungan tambahan, Fortuner 2.4 kini mempunyai tujuh beg udara sebagai yang turut meliputi bahagian tingkap. Ini sekaligus menjadikan ruang kabin lebih selamat serta mengurangkan kemungkinan penumpang tercampak ke luar sekiranya berlaku kemalangan.

toyota fortuner 2

Pelanggan kini boleh memilih perakam video digital (DVR) di belakang sebagai pilihan tambahan kepada DVR hadapan yang sedia ada. Ia akan dipasang secara profesional oleh juruteknik UMWT yang terlatih.

Harga bagi Fortuner 2.7 SRZ A/T dan 2.4 VRZ A/T tidak berubah. Bagaimanapun, bagi varian 2.4 A/T, ia kini dijual pada harga RM171,500 untuk Semenanjung Malaysia (tidak termasuk insurans).

Previous post

Pasukan Isuzu Berjaya Kumpul Dana Kebajikan Untuk Sarawak

Next post

Lexus LC 500 Inspiration Series (2020) Tampil Warna Hijau Elegan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *