Promosi / Tawaran / Peraduan

Tawaran Hebat Mercedes-Benz Terpakai Dari NZ Wheels

NZ Wheels Sdn Bhd, wakil pengedar rasmi Mercedes-Benz Malaysia, akan berada di Naza Automall Petaling Jaya bermula hari ini hingga Ahad (2-4 Ogos) bagi menawarkan pelbagai model Mercedes-Benz terpakai.

BHP Banner Fakta XC40

Pengunjung boleh mengambil peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi lebih 100 kenderaan Mercedes-Benz terpakai (pre-owned) yang terdiri daripada A-Class, C-Class, E-Class, GLA, GLC dan S-Class, dengan harga bermula dari RM190,000 hingga RM650,000.

Menurut NZ Wheels, semua kenderaan yang dipamerkan adalah model keluaran tahun 2018 dengan usia tidak melebihi satu tahun.

Photo 3 (7)

Bukan itu sahaja, NZ Wheels turut menjalinkan kerjasama dengan Maybank untuk menawarkan pinjaman dengan kadar faedah rendah. Lebih menarik lagi, pelanggan yang menandatangani perjanjian pinjaman kenderaan dengan Maybank di lokasi akan berpeluang untuk menebus seutas jam tangan Mercedes-Benz bernilai RM1,500.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook NZ Wheels atau hubungi NZ Wheels Pre-Owned Department di talian 03-3344 900 atau +60 12-522 6553 (Jacky).

Photo 5 (2)

 

Previous post

Pekin Auto Dilantik Sebagai Wakil Pengedar Volvo di Johor Bahru

Next post

BMW i3s Kini di Bilik Pameran Terpilih - RM278k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *