Motosikal / Lain Lain Roda

Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Gojek di Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal seperti Gojek ke Malaysia.

Syed Saddiq Gojek

Dalam satu video berdurasi seminit yang dikirim melalui akaun Twitter miliknya, Syed Saddiq menyatakan bahawa dalam usaha untuk membela golongan ‘mat motor’, tidak cukup sekadar kerajaan menganjurkan program ‘one off’ atau membina litar lumba.

Menteri itu juga mendedahkan bahawa beliau telah berjaya membawa pengasas Gojek, Nadiem Makarim untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Menurut Syed Saddiq, perkhidmatan e-hailing motosikal yang berasal dari Indonesia itu telah menggajikan lebih dua juta penunggang motosikal di republik itu, selain ratusan ribu lagi di Thailand, Singapura dan Vietnam.

Tambah beliau lagi, hasil pembentangan dalam perjumpaan tersebut akan dimuktamadkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada Rabu (21 Ogos) ini.

Pada Ahad (18 Ogos) lalu, Syed Saddiq mengadakan kaji selidik menerusi akaun Twitter-nya mengenai pendapat golongan muda tentang perkhidmatan Gojek. Kaji selidik tersebut menerima lebih 56 ribu undian, dengan 88% daripada pengundi bersetuju jika perkhidmatan teksi motosikal seperti Gojek diperkenalkan di negara ini.

(Kredit foto: Facebook Gojek Indonesia)

Previous post

Drako GTE Berkuasa 1200 kk Dan Boleh Lari 331km/j

Next post

Nissan Juke Generasi Kedua Bakal Muncul September Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *