Cerita Auto

Speedster Bakal Jadi Model McLaren Paling Ringan

McLaren telah menyiarkan satu gambar teaser yang menunjukkan sebuah model roadster dua tempat duduk dengan kokpit terbuka yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

McLaren Speedster

Jentera ini akan menyertai barisan model tertinggi dalam McLaren iaitu Ultimate Series yang turut merangkumi P1, Senna dan Speedtail. Ia masih belum mempunyai nama rasmi namun rata-rata laman web automotif antarabangsa menggelarnya sebagai Speedster.

Menurut McLaren, model ini mengenengahkan bentuk roadster klasik dengan garisan-garisan melengkung pada bahagian sisi serta ciri-ciri aerodinamik seperti skup pada bahagian bonet hadapan dan corong udara yang terletak di belakang pintu. Bercakap tentang pintu, Speedster akan menampilkan pintu dihedral (terbuka ke atas).

Turut disahkan adalah penggunaan rangka gentian karbon yang menjadikan Speedster kereta McLaren yang paling ringan setakat ini. Kuasa pula akan dibekalkan oleh enjin V8 twin-turbo, namun syarikat itu tidak mendedahkan perincian seperti sesaran dan output yang dihasilkan.

Model ini akan memasuki pasaran menjelang akhir 2020 dan hanya 399 unit akan dihasilkan. Dari segi harga, ia dijangka diposisikan antara Senna (RM 4 juta) dan Speedtail (RM10.6 juta).

Previous post

Mengikut JATO Pembelian Sedan Premium Orang Eropah Berkurangan

Next post

9 Sebab Kenapa Patut Pandu Uji PEUGEOT 3008 Plus Pasangan Tempatan Dari RM150,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>