Berita Auto

Sime Darby Auto Performance Perkenal Program 360 Leasing

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengedar rasmi jenama Porsche di Malaysia, telah melancarkan program pembiayaan baharu yang dikenali sebagai 360 Leasing.

BHP Banner Saga 2019

Buat masa ini, program tersebut ditawarkan untuk Cayenne dan Panamera manakala pilihan untuk Macan akan ditawarkan tidak lama lagi.

Program 360 Leasing merupakan satu alternatif kepada pemilikan konvensional. Ia menyediakan fleksibiliti kewangan kepada pemilik persendirian atau syarikat untuk membawa pulang sebuah Porsche baharu setiap tiga tahun dengan 10 atau 25 peratus deposit jaminan berdasarkan nilai model yang dipilih.

2019-porsche-panamera-gts-4

Pelanggan hanya perlu membayar sewa bulanan sepanjang tempoh tiga tahun tersebut dan pada penghujung tempoh pajakan, mereka mempunyai pilihan untuk menaik taraf model pajakan sedia ada atau mendapatkan model terkinin dalam rangkaian yang sama.

Pelanggan juga boleh memanjangkan tempoh pajakan atau memulangkan kereta tersebut tanpa perlu risau tentang nilai baki atau komitmen tambahan.

Porsche Macan

Untuk ketenangan minda, setiap model di bawah program 360 Leasing didatangkan dengan jaminan dan pakej penyelenggaraan termasuk servis, alat ganti dan buruh. Pakej insurans untuk semua pemandu termasuk perlindungan cermin hadapan, bencana alam, cukai jalan, serta bantuan tepi jalan 24 jam turut termasuk.

 

Previous post

Kemunculan Proton Saga 2019 Bantuan Geely

Next post

Pengedaran Berat Badan Toyota Supra Terbukti Di Sini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *