Cerita Auto

Proton X50 Dikesan Sedang Diuji Bersama CX-3 dan HR-V

Pembaca DSF.my, Eugene C. telah mengirimkan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua unit Geely Binyue yang sedang menjalani ujian di lebuhraya. SUV kompak itu dikesan dipandu pada kelajuan agak tinggi bersama-sama dengan sebuah Mazda CX-3, Honda HR-V dan Proton X70.

Geely Binyue Proton X50

Sama ada unit yang dilihat ini merupakan produk akhir Proton dengan pemanduan sebelah kanan atau sekadar Binyue yang dipakaikan pelekat penyamaran, kami tidak dapat pastikan.

IMG_7814

Sejak diperkenalkan di China pada tahun lalu, Binyue diura-urakan akan dijadikan sebagai asas kepada SUV kedua Proton iaitu X50 (nama ini masih belum rasmi). Apa yang kami pasti, ia tidak akan dilancarkan pada tahun ini.

IMG_7813

Ini adalah berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Dr. Li Chunrong ketika majlis pelancaran Saga 2019 baru-baru ini, yang mengesahkan bahawa Proton akan melancarkan satu model baharu setiap tahun bermula dari 2020 hingga 2023.

IMG_0340

Bentuk kenderaan yang akan dilancarkan pada 2020 yang dipaparkan di dalam slaid pembentangan tersebut jelas menunjukkan sebuah SUV, jadi ia mungkin X50 yang ditunggu-tunggu.

Binyue-01

Sedikit perincian mengenai Binyue, model tersebut menggunakan platform modular BMA yang dibangunkan dengan kerjasama Volvo. Bagi pasaran China, ia ditawarkan dengan enjin turbo tiga silinder bersesaran 1.5-liter dan 1.0-liter.

Previous post

Keuntungan Setengah Tahun 2019 Geely Adalah RMB 4.01 Bilion

Next post

Subaru Forester Generasi Kelima Dilancarkan - RM159,788

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *