Bisnes

Prestasi Proton Kembali Menuju Puncak Dengan Jualan 8950 Julai Ini

Hanya 40 bulan. Proton kini kembali sebagai nombor dua dalam jumlah keseluruhan jualan untuk pasaran automotif Malaysia.

BHP Banner Bisnes Proton

Kali terakhir mereka di kedudukan yang sama adalah pada Mac 2016. Jualan sebanyak 8,590 unit untuk bulan Julai bermakna momentum positif untuk tahun ini, telah dibawa ke hadapan untuk tujuh bulan berturut-turut menjadikan Proton sebagai satu-satunya jenama yang mencapai kejayaan itu pada 2019.

Jualan Proton 2

Pegangan pasaran bagi bulan lepas dianggarkan sebanyak 16.5% dengan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan pada 51,960 unit. Pegangan pasaran keseluruhan Proton untuk tahun ini kini dianggarkan sebanyak 15%.

Pada 12 bulan yang lalu, jualan automotif di Malaysia meningkat apabila pembelian tanpa cukai dilaksanakan dari bulan Jun sehingga Ogos. Proton, sama seperti semua jenama automotif lain, mencatatkan jualan yang baik bagi 2018 sepanjang tempoh tiga bulan tersebut. Walau bagaimanapun, pada tahun 2019, meskipun tiada lagi pembelian tanpa cukai dilaksanakan, jualan Proton terus menunjukkan pertumbuhan positif.

Setelah mencapai kenaikan sebanyak 23% pada bulan Jun, jualan mereka terus meningkat sebanyak 6% pada bulan Julai. Walaupun kadar pertumbuhan berkurangan, disebabkan jualan yang kukuh yang dicatatkan pada tahun 2018, PROTON merupakan satu-satunya jenama automotif yang menunjukkan pertumbuhan positif untuk bulan lepas, membuktikan permintaan yang tinggi pada produknya.

Jualan Proton 3

Bagi tahun ini, jumlah jualan kini adalah sebanyak 52,269 unit berbanding 35,561 pada tahun 2018, bersamaan pertumbuhan sebanyak 47% dalam keseluruhan jualan dari tahun ke tahun.

Peningkatan pada jualan PROTON telah disemarakkan oleh prestasi menyerlah bagi setiap model Proton. Varian Premium dan Eksekutif Proton X70 terus menjadi peneraju dalam segmen SUV masing-masing dengan 1,932 unit diserahkan pada bulan Julai dan sebanyak 17,023 unit pada 2019.

Proton Persona yang telah diperbaharui merupakan antara model yang menjadi pilihan. Model tersebut dilancarkan pada bulan April tahun ini dan sejak itu, jualan telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh sama pada tahun 2018. Sebanyak 2,720 unit telah diserahkan pada bulan Julai menjadikan model ini yang terlaris dalam pasaran sedan segmen B, mengatasi pesaing Jepun yang sebelum ini menguasai segmen tersebut. Dengan sebanyak 10,034 unit serahan setakat ini, jualan naik sebanyak 3% dari tahun ke tahun, satu angka yang dijangka berkembang dalam tempoh 5 bulan terakhir tahun 2019.

Jualan Proton 4

Proton Iriz pula turut mengalami pertumbuhan sejak model terbaharu itu dilancarkan bersama Persona. Sebanyak 974 unit telah diserahkan pada bulan Julai dan bagi tujuh bulan pertama tahun ini, 3,035 unit telah dijual. Apa yang lebih mengagumkan ialah jualan yang meningkat sebanyak 53% dari tahun ke tahun, yang merupakan bukti pelanggan menerima penambahbaikan yang dibuat pada model ini.

Bagi Proton Saga, model ini berjaya dijual sebanyak 2,381 unit pada bulan Julai daripada jumlah keseluruhan iaitu 17,722 unit. Walaupun terdapat penurunan dalam jualan berbanding bulan yang sama pada tahun 2018, jualan keseluruhan masih meningkat sebanyak 14%, pencapaian yang luar biasa untuk model yang akan dikemaskini pada bulan Ogos ini.

Jualan Proton 5

 

 

Previous post

Lebuhraya Persekutuan Masih Merangkak Agak Teruk Dari Jalan 222 Ke Kerinchi

Next post

Drama Trafik Lebuhraya Persekutuan Semakin Hangat - Rajiv Mahukan Tindakan Terhadap Kontraktor Terbabit

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *