Bisnes

Perodua Kurangkan Tempoh Menunggu Aruz

Perodua mengumumkan bahawa tempoh menunggu bagi Aruz berjaya dikurangkan dari 2 bulan dan 2.5 bulan sebelumnya kepada 1 bulan dan 1.5 bulan, bergantung kepada model.

BHP Banner L200

Disebabkan oleh peningkatan pengeluaran, syarikat tu menganggarkan pencapaian jualan Januari hingga Julai mencapai 140,900 unit untuk semua model, setanding dengan 140,900 unit dari tempoh yang sama tahun lalu. Jualan Aruz bagi tempoh Januari hingga Julai tahun inimencecah 17,989 unit.

“Dari sudut perbandingan, bulan Jun, Julai dan Ogos tahun lalu menyaksikan “cuti cukai” yang terhasil daripada keputusan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST oleh kerajaan. Meskipun begitu, kami sangat beruntung kerana prestasi kami jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kesan semasa “cuti cukai”,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Mengenai Aruz, Dato’ Zainal berkata Perodua dapat memperbaiki proses pengeluarannya menyebabkan proses penghantaran SUV tersebut bertambah baik.

Aruz_GearUp_3-4 BL

“Kami akan terus menumpukan kepada kualiti dan penghantaran seperti mana keutamaan kami kepada pelanggan yang dihargai. Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan sehingga Aruz menjadi SUV yang paling popular di Malaysia – ini menjadi peristiwa penting buat kami,” katanya.

Beliau berkata Perodua akan mengekalkan sasaran jualannya sebanyak 235,000 unit menjelang akhir tahun ini, iaitu 4,000 lebih tinggi daripada sasaran awal yang diumumkan pada Januari lalu. Tahun lalu, Perodua menjual 227,234 unit kenderaan.

Sementara itu, jumlah sasaran pengeluaran untuk 2019 telah ditingkatkan kepada 249,000 unit, penambahan 2.9% daripada sasaran sebelumnya iaitu sebanyak 242,000 unit.

Kedua-dua loji pembuatan beroperasi pada kapasiti 97%, yang mana Perodua mencatat stabil operasi pada tahap optimum; ini meningkat daripada angka tahun lepas sebanyak 96.2% bagi PMSB dan 94.6% bagi PGMSB. Kecacatan per unit (DPU) di kedua-
dua loji pula mencatatkan penurunan yang stabil.

Previous post

Mercedes-Benz A45 S AMG 4Matic Kini Dengan 500Nm

Next post

Punca Trafik Jam Lebuhraya Persekutuan Petang Semalam Hingga Pagi Tadi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *