Berita Auto

Perodua Bezza – Sedan Bawah 1.0L Terlaris di Sri Lanka!

Perodua hari ini mendedahkan bahawa Bezza menjadi sedan bawah 1.0-liter baharu yang terlaris di Sri Lanka sejak ia dilancarkan pada Jun 2017.

Perouda Bezza Sri Lanka

Menurut Perodua, setakat tujuh bulan pertama 2019, Bezza menduduki tempat teratas dalam kategori bawah-1.0 liter di Sri Lanka dari segi jualan kenderaan baharu, baik sedan mahupun hatchback.

Dijual pada harga Rs 3.69 juta (RM86,200), Bezza telah menemui kira-kira 1,500 pemilik di Sri Lanka. Ini menjadikannya antara model Perodua dengan jualan terpantas di negara itu, bersama dengan Axia yang telah mencapai 3,000 unit jualan sejak 2015.

Sri Lanka merupakan pasaran eksport terbesar untuk jenama Perodua. Pengedar tempatannya, Unimo Enterprises, telah menjual lebih 15,600 kenderaan Perodua sejak 1997.

“Kami bekerja rapat dengan Unimo dengan menyediakan latihan teknikal dan pengetahuan produk untuk kakitangan jualan dan servis mereka, supaya kami dapat memberi keyakinan penuh kepada pelanggan Sri Lanka yang kami hargai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Pelanggan kami menggemari Perodua Bezza dan Axia kerana kenderaan tersebut kompak, praktikal, berkualiti tinggi, boleh dipercayai, lasak serta cekap bahan api. Kedua-duanya juga mempunyai ruang dalaman yang cukup luas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises Mahesh Gunathilake.

Sasaran eksport Perodua untuk 2019 adalah sebanyak 3,270 kenderaan – 50% lebih daripada 2,184 unit yang dieksport tahun lepas. Lebih 80,000 kenderaan Perodua telah dijual di luar Malaysia setakat ini.

Previous post

Ibu Anak Tiga Bawa Pulang Yamaha Y15ZR

Next post

Volkswagen Fest Kembali Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *