Khidmat Masyarakat

Pasukan Isuzu Berjaya Kumpul Dana Kebajikan Untuk Sarawak

Pasukan itu terdiri daripada pihak pengurusan dan staf Isuzu Malaysia serta wakil media yang ikut serta di dalam Kuching Marathon Charity Drive sebagai usaha meraih dana untuk badan-badan kebajikan tempatan.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media

Kuching, 18 August 2019 — Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura bersama pasukan pelari Isuzu yang mengambil bahagian di dalam acara Kuching Marathon 2019 telah menyerahkan cek contoh hasil kutipan dana yang dilakukan oleh mereka kepada pihak Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) dan Persatuan Orang Kurang Upaya Kuching (House of Joy).

Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) diwakili oleh pengasasnya, Kelvin Wan Kwong Wei yang menerima sumbangan berkenaan, sementara Pengasas Persatuan Orang Kurang Upaya Kuching (House of Joy), Shen Chiu Hsian menerima cek bagi pihak persatuannya.

Hope Place

Pasukan itu yang terdiri daripada pihak pengurusan dan staf Isuzu Malaysia serta wakil media ikut serta di dalam larian berkenaan sebagai usaha meraih dana untuk badan-badan kebajikan tempatan. “Ini merupakan satu usaha yang sangat membanggakan untuk pasukan ini menyertai marathon bagi tujuan mengumpul dana kebajikan. Saya sangat berterima kasih kepada semua yang turut menjayakan usaha ini, terutama sekali wakil media yang telah banyak memberikan sokongan,” jelas Nakamura.

Dana yang terkumpul itu sebahagiannya datang daripada komitmen pengedar-pengedar Isuzu di Sarawak, termasuk Dai Max Automobile, KM Mobil dan Rhino Motors yang turut diwakili masing-masing oleh Terry Tiong Ung Hung, Tan Kim Hoon dan Amy Lim pada majlis berkenaan.

House of Joy

 

 

 

Previous post

Aston Martin Valhalla Berharga USD2 Million Sudah Habis Dijual

Next post

Toyota Fortuner Ditambah Baik, Harga Kekal

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *