Berita Auto

Nissan Juke Generasi Kedua Bakal Muncul September Ini

Biarpun banyak menerima kritikan, Nissan Juke tetap berjaya mencatat jualan melebihi 1 juta unit sejak ia dilancarkan pada tahun 2010. Model generasi kedua bakal diperkenalkan pada awal September namun sebelum itu, Nissan telah mendedahkan beberapa imej teaser serta perincian awal mengenai SUV kompak itu.

Nissan Juke

Melihat kepada imej-imej yang disiarkan, Juke baharu dilihat mempunyai bentuk badan ala coupe yang tidak jauh berbeza dengan model generasi pertama. Dipadankan dengan rim aloi berukuran 19 inci dan gril V-motion, model ini mempunyai penampilan yang segar dan bertenaga.

2020-nissan-juke-prototypes (2)

Direka di Eropah, Juke dibina di atas platform CMF-B milik Nissan-Renault Alliance yang turut digunakan oleh Renault Clio dan Captur. Penggunaan platform tersebut memberikan Juke ukuran kabin yang lebih luas demi keselesaan pemandu dan penumpang.

2020-nissan-juke-prototypes

Jenama dari Jepun itu turut mengesahkan bahawa Juke akan menjadi model ketiga yang dilengkapi dengan teknologi ProPilot. Nissan tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai enjin, namun model ini dijangka hadir dalam versi plug-in hybrid dengan enjin 1.6-liter sebagai salah satu pilihan.

Previous post

Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Gojek di Malaysia

Next post

Mercedes-Benz A-Class dan B-Class Kini Dalam Versi Plug-in Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *