Bisnes

Kenapa DreamEDGE Tak Beli Proton Bila Ada Peluang Dulu?

Bukan hari-hari sebuah syarikat kereta baharu dilahirkan. Terutama sekali semasa kelembapan ekonomi global di mana setiap pasaran dan jenama yang sudah tertubuh sedang mengalami masa yang sukar untuk menggerakkan kereta mereka. Inilah sebahagian daripada sebabnya mengapa kereta kebangsaan Malaysia ke-3 adalah prospek yang pelik.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Pada satu pandangan, ia boleh masuk akal dengan mengikuti garis pemikiran ini:

Banyak jenama lama sudah tertanam dalam cara pemikiran tradisional mereka untuk bergerak kehadapan menerima teknologi masa depan dengan berkesan.

atau ini:

Industri automotif merupakan pemangkin utama pertumbuhan ekonomi.

Tetapi apa yang mengelirukan ialah:

Ia akan mengambil masa DreamEDGE dan berbilion ringgit untuk membuka kilang baharu dan menyediakan rangkaian pengedar dan perkhidmatan. Jika mereka benar-benar berminat untuk membina kereta Malaysia, mereka sepatutnya membeli Proton pada pertengahan tahun 2017 apabila syarikat itu sedang mencari pembeli. Geely membeli kurang daripada 50% syarikat itu dengan harga RM460.3 juta dan mendapat akses kepada aset, pembekal, bakat, jenama dan rangkaian syarikat. Kilang Tanjong Malim moden sudah mempunyai kapasiti sebanyak 150,000 kenderaan sejak setahun yang lalu.

DreamEDGE 2

Dan ya, kita tahu bahawa ia mengambil masa yang lama untuk Proton akhirnya menjumpai rakan kongsi strategik asing yang sesuai, jadi pastinya ada banyak peluang untuk DreamEDGE untuk pitch beberapa jenis tawaran ketika itu.

Lagipun, mereka sudah mempunyai hubungan kerja dengan Proton. Bahagian TuneD mereka telah menghasilkan kit badan untuk beberapa model syarikat sejak tahun 2013. Terdapat juga tanda-tanda bahawa DreamEDGE sedikit sebanyak bertanggungjawab terhadap reka bentuk Perdana yang berasaskan Accord itu.DreamEDGE 3

Memang. Hujah yang dibuat minggu lalu tentang bagaimana kereta kebangsaan ke-3 akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia adalah baik dan pandai, tetapi Proton mempunyai banyak rakyat Malaysia yang bekerja untuk mereka (dan mereka masih). Tidak bolehkah DreamEDGE pitch untuk memiliki Proton dan maintain pemilikan syarikat 100% rakyat Malaysia pada tahun 2017 semasa pasaran kereta berkembang pesat? Semua kemudahan yang tidak digunakan ada ketika itu dan kini … Geely yang membawa mereka ke alam daya saing.

DreamEDGE 4

 

Previous post

Ada 45,000 Tempahan Untuk Mini Eletrik Setakat Ini

Next post

Pelancaran Rasmi Renault Megane R.S. 280 Cup

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *