Bisnes

Jualan Kereta Alfa Kurang Daripada Tesla Di Eropah

Jualan Model Tesla 3 lebih dari Alfa Romeo di Eropah buat kali pertama.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Ini adalah berita yang kurang memuaskan bagi jenama ikonik ini di mana pada separuh pertama 2019 jualannya turun dari 37,476 unit kepada hanya 29959. Ini juga merupakan petunjuk bahawa pembeli kereta di Eropah sudah mula berjinak dengan kereta elektrik.

Meneruskan berita negatif ialah penjualan enam bulan Alfa jatuh kepada hanya 42 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Alfa juga turut dikalahkan oleh adiknya, jenama satu-pasaran, satu-model, Lancia, yang berjaya menghantar 34,693 Ypsilons seluruh bulan Jun di Itali.

Tambahan, Alfa telah, pada separuh pertama, dikalahkan oleh Jaguar dan Porsche manakala jenama premium Toyota Lexus, yang mencecah 27,267 kenderaan pada separuh masa, akan melangkaui marque Itali bila bila masa saja.

Kemerosotan di Alfa semakin pesat setelah ia menjual lebih daripada 120,000 kenderaan di seluruh dunia pada tahun lalu. Sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan yang kukuh di A.S. dan China. Malangnya, jualan Alfa A.S. turun 26 peratus pada separuh itu dan penurunan keseluruhan pasaran China tidak membantu.

Angka jualan bulan Julai di Eropah pun tidak berapa menggalakkan, dengan penghantaran Alfa menurun sebanyak 56 peratus di Itali, 66 peratus di Perancis dan 70 peratus di Sepanyol.

Sedan midsize Guilia merangkak dalam segmen yang merosot. Malah jualan SUV Stelvio midsize semakin pudar. Kedua-dua model itu adalah permulaan pelan pelaburan 5 bilion euro yang diumumkan pada bulan Mei 2014 yang meramalkan jualan global Alfa akan mencapai 400,000 menjelang 2018. Itu tidak berlaku, dan penyelamat dalam bentuk model baharu, SUV kompak Tonale tidak akan sampai sehingga 2021.

Alfa_Romeo-2

Previous post

Dieselgate Jadi Daimlergate Dengan Denda USD 1.12 Bilion

Next post

Aplikasi DriveOn by TAN CHONG Mudahkan Pemilik Nissan, Renault dan Infiniti

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *