Motosikal / Lain Lain Roda

Ibu Anak Tiga Bawa Pulang Yamaha Y15ZR

Puan Norasyikin bin Mohd Salleh yang berasal dari Johor telah dipilih sebagai pemenang terbaru peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza anjuran PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB) bagi bulan Julai.

BHPetrol Merdeka Contest_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Ibu kepada tiga anak itu memasuki peraduan menerusi pembelian pakej minyak pelincir dan T-shirt Sprinta dari khemah PETRONAS di kejohanan PETRONAS Cub Prix di Pontian, Johor pada Julai lalu.

Beliau memberitahu suaminya memang sudah berhasrat untuk membeli motosikal model Yamaha Y15ZR dalam masa terdekat. Namun, panggilan kemenangan beliau dari pihak PLMMSB memang cukup mengujakan dan sekaligus membatalkan niat suami untuk membeli motosikal tersebut.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah di perlumbaan Cub Prix pusingan keenam di litar Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Masih terdapat dua buah Yamaha Y15ZR untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan pada 30 September nanti. Hadiah kedua iaitu Yamaha R25 dan hadiah utama berupa Yamaha R6 bakal disampaikan di acara MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Previous post

Audi RS6 Avant Adalah Sebuah Super Wagon Dengan Power Giler

Next post

Perodua Bezza - Sedan Bawah 1.0L Terlaris di Sri Lanka!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *