Bisnes

Keuntungan Setengah Tahun 2019 Geely Adalah RMB 4.01 Bilion

Geely Automobile Holdings Limited (Group) melaporkan pendapatan separuh tahun RMB 47.56 bilion dan keuntungan RMB 4.01 bilion.BHPetrol Merdeka Contest Banner

Geely Automobile Holdings Limited (Group) (HK.0175), anak syarikat Zhejiang Geely Holding Group yang tersenarai di Hong Kong, mengumumkan hasil interimnya untuk separuh pertama 2019. Sepanjang tempoh itu, prestasi Kumpulan berada di bawah jangkaan pengurusan dengan jumlah hasil (tidak termasuk hasil daripada usaha sama milik Kumpulan 50% iaitu Lynk & Co JV) menurun sebanyak 11% kepada RMB 47.56 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti Kumpulan untuk separuh pertama 2019 adalah 40% YoY kepada RMB 4.01 Bilion. Kumpulan menjual sejumlah 651,680 unit pada separuh pertama tahun ini, turun 15% YoY.

geely-binyue-2

Terjejas oleh beberapa faktor seperti kekurangan keyakinan pengguna disebabkan oleh geseran perdagangan Sino-AS dan perubahan piawaian pelepasan China VI, “ketidakpastian” telah dipergiatkan di pasaran kereta. Dalam menghadapi ketidakpastian, Kumpulan terus memajukan laluan pembangunan berkualiti tinggi.

Penguasaan keseluruhan pasaran Kumpulan berdasarkan jualan runcit telah meningkat dari 6.3% kepada 6.5% sejak tahun 2018 dengan matriks yang lebih seimbang. Harga jualan rata-rata produk Kumpulan bertambah baik memandangkan perkadaran meningkatnya jualan produk mewah, menunjukkan bahawa langkah penyesuaian strategik Kumpulan adalah berkesan dalam menstabilkan dan meningkatkan pembangunan.

Di masa depan, dalam menghadapi kelembapan ekonomi global dan pelarasan kitaran industri automotif, Kumpulan akan terus berpegang kepada arah pembangunan yang jelas dan mantap, melaksanakan pusingan baru penjajaran strategik yang sistematik, dan terus mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi.

geely-binyue-3

Previous post

Sedan Mewah Volkswagen Arteon Berharga Antara RM290k Hingga RM310k

Next post

Proton X50 Dikesan Sedang Diuji Bersama CX-3 dan HR-V

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *