Gaya Hidup

MINIfest Edisi Ulang Tahun ke-60

Jika anda boring, tak tahu apa nak buat hujung minggu depan, boleh pergi sini. Ada pasar jualan khas yang bertemakan MINI, juadah yang enak daripada pelbagai trak makanan popular, persembahan muzik ‘live’ serta permainan dan pandu uji yang mengujakan. Pengunjung awal juga akan menerima hadiah eksklusif.

Catat dalam kalender anda:   Sabtu, 7 September 2019. Butiran di bawah.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media

MINIfest Kembali Menerusi Edisi Ulang Tahun ke-60 yang Istimewa!

MINI Malaysia mempelawa warga MINIacs untuk meraikan semangat permotoran MINI yang dijiwai selama 60.

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia akan menghoskan festival keduanya yang bertemakan MINI. ‘MINIfest The 60 Years Special’ merupakan sebuah sambutan yang bermakna dan penuh dengan keseronokan untuk memperingati ulang tahun jenama ini yang ke-60.

Pelbagai aktiviti dan tarikan bakal disajikan buat warga MINIacs pada tahun ini, ia termasuk:pasar jualan khas yang bertemakan MINI, juadah yang enak daripada pelbagai trak makanan popular, persembahan muzik ‘live’ serta permainan dan pandu uji yang mengujakan. Pengunjung awal juga akan menerima hadiah eksklusif.

Sorotan utama MINIfest The 60 Years Special ialah pameran eksklusif jentera MINI Edisi 60 Tahun, berserta kereta-kereta MINI Classic. Peluang untuk memandu uji juga ditawarkan sepanjang hari tersebut bagi 10 jenis model MINI, termasuk MINI Cooper S 3 Door, MINI Cooper S 5 Door, MINI John Cooper Works Clubman serta MINI Cooper S Countryman Pure yang baru dirungkaikan pada tahun ini.

Butir-butir acara berkenaan:

Tarikh:            Sabtu, 7 September 2019

Waktu:            12:00 tengah hari hingga 7.00 malam

Lokasi:           Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort,

Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MINIfest The 60 Years Special atau jika anda ingin membuat prapendaftaran, sila layari di SINI.

Previous post

Program Seperti Ford Driving Skills For Life (DSFL) Patut Mandatori Untuk Semua

Next post

Toyota Dan Porsche Mungkin Bawa Balik MR2

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *