Takziah

Ferdinand Piech, 82 Tahun, Meninggal Dunia

Piech bukan saja bapa Volkswagen Group, dia lebih dari itu.

Suasana sepi di Volkswagen Group setelah bekas pengerusi dan ketua eksekutif Volkswagen AG, yang telah mengubah sebuah syarikat pembuat kereta serdehana dari Jerman yang bertenggang menjadi sebuah pusat kuasa automotif global, telah meninggal dunia hari Ahad lalu pada usia 82 tahun.

Ferdinand-Piech_2

Seorang yang dikenali sebagai ‘Mr. Volkswagen’ mati secara tiba-tiba pada hari Ahad di sebuah klinik di Rosenheim, Bavaria selepas malam di sebuah restoran. Isterinya, Ursula mengesahkan ini secara bertulis dengan peguam mereka di Berlin. Ferdinand-Piech_3

Ferdinand Karl Piech dilahirkan di Vienna. Dia adalah cucu Ferdinand Porsche, bapa kepada Volkswagen Beetle yang ikonik dan sebahagian daripada keluarga Porsche dan Piech yang kini masih menguasai Volkswagen Group. Ferdinand dilatih sebagai jurutera di Institut Teknologi Persekutuan Switzerland dan kemudian menyertai Porsche pada tahun 1963, menjadi ketua Penyelidikan & Pembangunan lima tahun kemudian pengarah teknikal pada tahun 1971.

Seorang jurutera cemerlang, Piech menghidupkan VW selepas membuat pertaruhan dengan teknik pembinaan modular yang membolehkan jenama Audi, Skoda dan VW berkongsi bahagian hingga 65 peratus, membantu Volkswagen Group untuk mencapai skala ekonomi yang lebih besar.

Ferdinand-Piech_4

Di bawah kepimpinan Piech, VW menegaskan kecemerlangan kejuruteraan mendahului keuntungan, dan terus berkembang, menambah jenama mewah seperti Bentley, Bugatti dan Lamborghini dalam hanya satu tahun.

Dalam tempoh sembilan tahun, Piech telah berjaya menebus kerugian sebanyak 1 bilion euro kepada keuntungan sebanyak 2.6 bilion euro sambil menerajui pengembangan ‘VW menjadi sebuah empayar 12-jenama termasuk Seat, Skoda, Bentley, Audi, Porsche, Bentley dan Ducati penambahan kepada jenama trak MAN dan Scania.

Ferdinand-Piech_5

Dia turut dikreditkan sebagai bapa Porsche 917 dan Bugatti Veyron, Piech sangat berminat dengan motorsport dan mendapatinya sebagai alat yang hebat untuk penyelidikan dan pengembangan teknologi enjin baharu.

Semasa bekerja sebagai ketua pembangunan berusia 31 tahun di Porsche pada tahun 1968, beliau melabur dua pertiga daripada bajet perlumbaan tahunan Porsche untuk membina 25 buah kereta perlumbaan Porsche 917 dengan reka bentuk enjin 600 kuasa kuda 12 silinder sejukkan udara radikal yang tidak teruji.

Ferdinand-Piech_6

Dia akan dikenang oleh semua jenama VW Group dan berjuta-juta pemilik kereta di seluruh dunia walaupun telah bersara daripada Volkswagen Group.

Ucapan takziah dari kami kepada kawan dan keluarga mendiang Ferdinand Piech.

Ferdinand-Piech_7

 

Previous post

Kereta Terpakai Atau Baikpulih Anda Perlu Waranti Yang Baik

Next post

Proton R3 Raih Kemenangan Berganda di Siri Kejuaraan Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *