Cerita Auto

Drako GTE Berkuasa 1200 kk Dan Boleh Lari 331km/j

Hanya 25 unit Drako GTE ini akan dihasilkan dan ianya berharga USD1.25 juta keatas setiap satu.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Hypercar elektrik ini adalah hasil reka bentuk, kejuruteraan dan pembangunan hampir satu dekad oleh pasukan kelas dunia yang dikumpulkan oleh pengasas Drako Motors, Dean Drako dan Shiv Sikand.

GTE adalah supercar ultra mewah empat penumpang dengan senibina enjin 1,200 hp quad, kelajuan tertinggi 331 km / j, dan ‘ketepatan selekoh yang tidak seperti mana-mana supercar lain di jalan raya hari ini’. Syarikat itu belum menyiarkan jarak rasmi serta masa 0-60 mph.

Drako-GTE-2

Drako GTE yang dipamerkan ini adalah supercar pengeluaran berfungsi sepenuhnya yang terus ke pentas secara langsung selepas mengelilingi trek, ia bukan konsep reka bentuk atau prototaip.

Drako-GTE-3

GTE akan memasuki pengeluaran berikutan Pelancaran Perdana Dunia Quail dan pemegang deposit akan mempunyai peluang untuk mengalami prestasi GTE secara langsung di trek bersempena acara pengalaman pelanggan November ini.

Drako-GTE-4

Jumlah keseluruhan pengeluaran di seluruh dunia Drako GTE adalah terhad kepada 25 unit dengan harga dasar USD1.25 juta (RM5 juta sebelum penghantaran, cukai dan pengendalian tempatan). Tempahan dan deposit kini diterima dan penghantaran pelanggan GTE pertama dijangka berlaku pada tahun 2020.

Drako-GTE-5

Dengan seni bina motor quad elektrik sepenuhnya, GTE direka untuk meningkatkan pengalaman pemandu moden ke tahap yang sama sekali baharu. Empat enjin segerak hibrid magnet kekal menghasilkan kuasa gila 1,200 kk dan tork 8,800 Nm dari gabungan tayar roda yang akan memecut sehingga kelajuan 331 km / j.

Drako-GTE-6

 

 

 

 

 

Previous post

INEOS Sudah Membelanjakan RM236 Juta | Berapa Banyak Pula DreamEdge Akan Belanja?

Next post

Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Gojek di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>