Bisnes

Dieselgate Jadi Daimlergate Dengan Denda USD 1.12 Bilion

Daimler akan didenda USD1.12 bilion kerana penipuan diesel.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Pendakwa di Stuttgart bersedia untuk menyaman pemilik Mercedes-Benz Daimler antara 800 juta dan 1 bilion euro (USD897,000 hingga USD1.12 bilion) kerana kesalahan yang berkaitan dengan diesel yang bermula dengan crossover GLK 220 CDI mereka, majalah Jerman Der Spiegel berkata dalam edisi dalam talian mereka Jumaat lalu.

daimlergate 2

Pengawal atur kenderaan negara memulakan siasatan rasmi setelah menemui sebuah peranti baharu dalam model Mercedes-Benz GLK 220 CDI syarikat, menurut laporan akhbar Bild am Sonntag awal tahun ini.

daimlergate 3

Menurut Bild, siasatan itu memfokuskan kepada satu lagi “peranti penipuan” yang dipasang dalam sekitar 60,000 kenderaan yang dihasilkan antara tahun 2012 dan 2015 dengan pembebasan ekzos standard 5.

Pihak berkuasa kenderaan bermotor Jerman (KBA) menemui perisian menipu itu dipasang pada kenderaan Mercedes-Benz C-class dan E-class dan mengarahkan pembuat kereta itu untuk menarik balik 280,000 kenderaan, kata Spiegel.

daimlergate 4

Denda sehingga 5,000 euro satu kenderaan sedang dipertimbangkan oleh pendakwa Stuttgart, kata majalah itu.

Jurucakap pejabat pendakwa berkata siasatan masih berterusan dan tidak akan selesai sebelum akhir tahun.

Daimler enggan mengulas sementara siasatan masih dijalankan.

daimlergate 5

Previous post

Pusat Beli-Belah Pun Kunci Tayar

Next post

Jualan Kereta Alfa Kurang Daripada Tesla Di Eropah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *