Cerita Auto

General Motors Akan Menghentikan Pengeluaran Chevrolet Malibu

Chevrolet Malibu akan di bersarakan tidak lama lagi.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Chevrolet Malibu generasi ke-9 mungkin akan menjadi versi terakhir bagi plat nama itu menyusul berita dari Amerika bahawa pengurusan Chevy (General Motors) merancang untuk bersarakan Malibu dan mungkin satu atau dua lagi sedan dan hanya meneruskan pengeluaran trak dan kenderaan SUV mereka.

Chevrolet-Malibu-3

Malibu ini telah banyak berjasa sejak tahun 2016 dan ianya berdasarkan platform evolusi Epsilon (E2XX) yang dikongsi bersama Opel Insignia dan Holden Commodore. Sementara itu, pemilik baru Opel PSA telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan Insignia untuk memperkenalkan penggantian yang dibina dengan platform mereka sendiri.

Chevrolet-Malibu-4

General Motors sedang mencari lebih banyak model elektrik dari tahun 2025 dan mereka akan berkongsi satu atau dua platform dan barisan kenderaan mungkin akan bertumpukan trak SUV dan pikap dengan mungkin satu atau dua sedan kompak.

Keputusan oleh Chevrolet ini tidak mengejutkan memandangkan saingan utama mereka di Amerika Syarikat, Ford Motor Corporation tidak lagi menawarkan rangkaian kereta penumpang untuk pasaran Amerika Utara. Satu-satunya ‘kereta’ dalam penawarannya ialah Mustang dan jualan ‘muscle car’ ini adalah amat baik di seluruh dunia.

Chevrolet-Malibu-2

 

Previous post

Volkswagen Arteon Shooting Brake Mungkin Akan Dihasilkan

Next post

Pusat Beli-Belah Pun Kunci Tayar

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *