Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW i3s Kini di Bilik Pameran Terpilih – RM278k

BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan bahawa kereta elektrik BMW i3s kini boleh didapati di wakil pengedar BMW i yang bertauliah dengan harga bermula dari RM278,800. Model ini membuat kemunculan pertamanya di acara Malaysia Autoshow 2019 pada April lalu.

BHP Banner Fakta XC40

Jentera bebas emisi ini dikuasakan oleh motor elektrik bersinkronisasi yang menjana 184 hp dan 270 Nm. Dilengkapi dengan transmisi automatik satu kelajuan, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.9 saat, dengan kelajuan maksimum 160 km/j.

The First-Ever BMW i3s (4)

Bateri lithium ion yang ditempatkan di bawah lantai memberikan i3s jarak pemanduan sejauh 260 km, manakala penggunaan kuasa elektrik pula adalah pada tahap 14.3 kWj untuk setiap 100 km mengikut kitaran NEDC.

The First-Ever BMW i3s (10)

i3s dibangunkan untuk memastikan kuota konsisten yang merangkumi 95% bahan boleh dikitar semula dicapai, terutamanya bagi bahan-bahan melibatkan aluminium dan kuprum yang tidak boleh dikitar semula.

The First-Ever BMW i3s (7)

Beraliah ke bahagian dalam, 80% daripada keseluruhan permukaan diperbuat daripada bahan boleh dikitar semula dan bahan semula jadi. Panel instrumen diperbuat daripada kayu eucalyptus, manakala pelapik pintu dan pelitup panel instrumen yang biasanya diperbuat daripada plastik digantikan dengan gentian kukuh daripada tumbuhan Kenaf.

The First-Ever BMW i3s (5)

Bukan itu sahaja, tempat duduk i3s menggunakan bahan kulit yang diperangkan secara semula jadi dengan ekstrak daun zaitun yang dituai di selatan Eropah. Sementara itu, fabrik yang digunakan pada bahagian dalaman diperbuat daripada poliester yang dikitar semula.

The First-Ever BMW i3s (3)

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi i3s, baca di pautan ini: BMW i3s Dilancarkan di Malaysia Autoshow 2019.

Previous post

Tawaran Hebat Mercedes-Benz Terpakai Dari NZ Wheels

Next post

Pemenang Peraduan 'As Never Before Bonanza' Toyota

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *