Bisnes

Volvo Catat Jualan Tertinggi Bagi Separuh Pertama 2019

Volvo Cars melaporkan jualan berjumlah 340,826 unit bagi separuh pertama 2019, mewakili peningkatan sebanyak 7.3% (317,639) berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

BHP Banner Ferrari Dino

Prestasi memberangsangkan ini didorong oleh permintaan kukuh yang berterusan untuk model-model SUV iaitu XC60, XC40 dan XC90. Model-model terbaru iaitu V60 estate, V60 Cross Country dan S60 turut menyumbang kepada peningkatan tersebut.

Dalam bulan Jun, Volvo menjual sebanyak 62,775 kereta, turun 2% jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Kejatuhan ini datang daripada pasaran Eropah di mana jualan merudum sebanyak 9% kepada 30,234 unit.

Volvo-XC40_UK-Version-2018-1280-32

Pasaran terbesar Volvo di Eropah iaitu Sweden turut mencatat penurunan sebanyak 41.7% kepada 5,762 kereta. Bagaimanapun ini kerana pasaran itu menyaksikan jumlah penyerahan kereta yang luar biasa pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan pelaksanaan cukai pelepasan baru atau Bonus Malus.

Untuk enam bulan pertama, jualan Volvo di Eropah terus stabil dengan pertumbuhan 6%, didahului oleh XC40, XC60 dan V60 estate. Jumlah jualan dari Januari hingga Jun mencecah 174,398 unit, dengan pasaran UK dan Jerman masing-masing mencatat pertumbuhan 29.6% dan 32%.

Di China, Volvo mencatat jualan separuh pertama tahun tertinggi iaitu 67,749 unit, naik 10.2% berbanding tahun lalu hasil daripada permintaan yang tinggi untuk XC60 dan S90 yang dipasang secara tempatan. Bulan Jun turut menyaksikan syarikat itu mencapai jualan tertinggi dalam tempoh sebulan bagi pasaran China dengan 13,238 kenderaan terjual.

Volvo-XC90-2020-1280-08

Bagi pasaran Amerika Syarikat, Volvo merekodkan jualan berjumlah 50,120 unit bagi separuh pertama tahun ini, 10.2% lebih tinggi berbanding enam bulan pertama tahun lalu. Untuk bulan Jun, jualan di rantau itu naik 0.7% kepada 9,934 unit.

Untuk pasaran global pula, XC60 terus menjadi pilihan utama pelanggan dengan jualan mencecah 97,203 unit (2018: 19,534 unit), diikuti oleh XC40 dengan 61,864 unit (2018: 23,741 unit) dan XC90 dengan 47,818 unit (2018: 47,658 unit).

 

Previous post

Audi S8 - Sedan Mewah Berkuasa 563 HP

Next post

Mazda CX-5 Pilihan Terpakai Ramai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *