Promosi

Volkswagen Tiguan dan Passat Dapat Tambahan 2 Tahun Penyelenggaraan Percuma

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan tambahan pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk dua modelnya iaitu Tiguan dan Passat.

BHP Banner Mini 60

Promosi ini adalah untuk pembelian bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2019 dan sah untuk semua varian Tiguan dan Passat, termasuk edisi Sound & Style dan JOIN.

Dengan promosi terbaru ini, pelanggan yang membeli Tiguan atau Passat akan menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun (atau 75,000 km, mana yang tiba terlebih dahulu), waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Passat JOIN

Dengan kadar faedah serendah 1.88% dan penyelenggaraan percuma tersebut, pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga RM13,800 untuk Tiguan dan RM15,100 untuk Passat.

Tiguan menampilkan gabungan enjin 1.4 TSI dengan kotak gear DSG enam kelajuan yang menjana 150 PS dan 250 Nm. Antara ciri keselamatan yang disertakan adalah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Multi-Collision Brake, Intelligent Crash Response System (ICRS), brek parkir elektronik dan Hill-Hold Control.

Sementara itu, Passat pula ditawarkan dalam dua varian. Varian Highline dikuasakan oleh enjin 2.0 TSI dengan 220 PS dan 350 Nm, serta transmisi DSG enam kelajuan, manakala varian Comfortline menampilkan enjin 1.8 TSI dan transmisi DSG tujuh kelajuan dengan kuasa berjumlah 180 PS dan 250 Nm.

 

Previous post

Formasi ‘MINI 60’ Oleh Kereta-Kereta Mini Sambut Ulang Tahun

Next post

Perodua Sasar Jual 235,000 Kenderaan Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>