Berita Auto

Volkswagen Arteon Dibuka Untuk Tempahan, RM290k-RM310k

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mula menerima pra-tempahan untuk Volkswagen Arteon serba baharu yang akan tiba tidak lama lagi.

BHP Banner Ingress Volvo

Menurut VPCM, model fastback itu akan ditawarkan dalam varian R-Line versi diimport sepenuhnya (CBU) dengan harga antara RM290,000 dan RM310,000.

Volkswagen-Arteon_R-Line_UK-Version-2018-1280-1e

Dibina untuk kelajuan, Arteon dikuasakan oleh enjin turbo a 2.0L TSI  yang menghamburkan 280 PS dan 350 Nm dari 5,100 hingga 6,500 rpm. Kuasa disalurkan menerusi gabungan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) 7-kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Antara kelengkapan yang disertakan adalah Paparan Info Aktif TFT, sistem infotainmen Discover Pro baharu yang terdiri daripada skrin bersaiz 9.2 inci lengkap dengan ciri kawalan isyarat tangan Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink. Untuk memberi lebih kemudahan, kamera 360-darjah membolehkan pemandu melihat kawasan di sekeliling kenderaan menerusi empat unit kamera bersepadu.

Volkswagen-Arteon_R-Line_UK-Version-2018-1280-16

Arteon hadir dengan pakej gayaan dalaman dan luaran R-Line. Lapan warna ditawarkan iaitu kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).

Model ini akan membuat penampilan awal di bilik-bilik pameran Volkswagen. Orang ramai yang ingin melihatnya secara dekat dijemput untuk mendaftarkan minat mereka di laman web Volkswagen bagi menerima jemputan eksklusif. Perincian lokasi adalah seperti berikut:

Volkswagen arteon roadshow

 

Previous post

Ingress Swede Automobile Sdn Bhd Adalah Peniaga Volvo Baharu

Next post

Mazda2 Facelift Tampil Lebih Elegan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *