Bisnes

Berjaya Bawa Pulang Suzuki Kembali Ke Malaysia

Berita baik untuk peminat Suzuki Jimny dan Swift yang baharu di Malaysia.

BHP Banner Suzuki Lagi

Akhbar New Straits Times Business Section telah mendedahkan bahawa Suzuki Motors Corporation akan bekerjasama dengan Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan Malaysia untuk mengembalikan kereta Suzuki ke Malaysia selepas 3 tahun menghilangkan diri.suzuki-again-2

Pada tahun lalu terdapat beberapa khabar angin mengenai kebangkitan semula Suzuki di bawah pelbagai kumpulan automotif.suzuki-again-3

Kini kita mendengar bahawa pengerusi Suzuki Osamu Suzuki akan bertemu dengan Tan Sri Vincent bulan depan di ibu pejabat syarikat di Hamamatsu, sebuah bandar yang terletak di wilayah barat Shizuoka dan kira-kira 260km dari Tokyo untuk perjanjian pengedaran mereka.suzuki-again-4

Dengan kebangkitan semula jenama ini, pasaran kereta padat Malaysia mendapat rangsangan dalam pilihan kerana Jimny semua baharu akan menjadi tarikan terpanas di bilik pameran.suzuki-again-5

Diikuti oleh yang paling  digemari, Swift.suzuki-again-9

Siapakah yang akan mengurus dan mengendali perniagaan baharu Suzuki di Malaysia?suzuki-again-10

Well, Tan Sri Vincent Tan sudah mempunyai Bermaz Motor.suzuki-again-11

Mereka mengendalikan jenama Mazda yang sedang berkembang pesat dan berjaya.suzuki-again-19

Ini bermakna Tan Sri Vincent sudah mempunyai pasukan yang terbaik untuk menjulang jenama Suzuki ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia.suzuki-again-17

Peniaga terdahulu sudah pasti akan memerhati dengan bersungguh-sungguh kebangkitan semula Suzuki.suzuki-again-15

Pesaing segmen juga akan memerhati dengan teliti harga jualan untuk sama ada berasa resah atau tidak.suzuki-again-12suzuki-again-6 suzuki-again-7 suzuki-again-8     suzuki-again-13suzuki-again-14suzuki-again-16suzuki-again-18

Previous post

Nissan LEAF Kini di Malaysia - RM188,888

Next post

Perodua Tingkatkan Perniagaan Dengan Pertandingan Kemahiran Badan & Cat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *