Berita Auto

Pusat 3S Proton Dibuka di Lahad Datu

Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd telah membuka sebuah pusat 3S Proton baharu di Lahad Datu. Ini merupakan cawangan Fook Loi yang kedua selepas pusat 3S Proton di Sandakan yang dibuka pada tahun lalu.

BHP Banner Mercedes X Class

Diubah suai dan dinaik taraf dengan kos mencecah RM2 juta, pusat jualan, servis dan alat ganti ini menampilkan warna identiti korporat baharu Proton demi menyediakan pengalaman pemilikan yang hebat.

customer service area

Pusat servis cawangan ini dilengkapi dengan enam ruang servis dan empat pengangkat (hoist). Pelanggan yang menghantar kereta mereka boleh menunggu di ruang menunggu yang premium sambil menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti tempat mengecas komputer riba dan telefon serta ruang minuman.

car display area 1

Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi, Thomas Chiu Kui Yin, percaya bahawa model-model baharu dan yang dipertingkat adalah penyumbang kepada pertumbuhan jualan Proton pada tahun 2019.

customer lounge area 1

“Kereta-kereta Proton juga kini lebih menarik bagi pembeli kereta generasi muda, yang boleh membantu membina kesetiaan kepada jenama,” katanya.

car display area

Dengan pembukaan cawangan baharu di Lahad Datu ini, Proton kini berkembang sebagai jenama automotif yang mempunyai cawangan 3S/4S paling banyak. Perancangan menaiktaraf cawangan yang berterusan, bermula pada bulan April 2018, telah menghasilkan sebanyak 91 cawangan baharu.

Previous post

Honda Malaysia Lancar CR-V Mugen Edisi Terhad

Next post

Nissan Navara Akan Dikemas Kini Untuk 2019 Dengan Beberapa Barangan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *