Berita Auto

Perodua Jalin Kerjasama Dengan KPDNHEP Sekat Produk Tiruan

Dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran, Perodua mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh semalam.

BHP Banner power boot x70

“Kami sedar bahawa terdapat banyak produk dan alat ganti tiruan di pasaran yang menggunakan jenama Perodua dan sebahagiannya sukar dibezakan dengan yang tulen. Ini termasuk minyak pelincir, penapis minyak, penyerap kejutan (shock absorbers) dan pad brek,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

Tambah Dr Zahari lagi, perkara ini amat membimbangkan kerana barangan tersebut adalah barangan kritikal yang bukan sahaja akan membatalkan waranti malah boleh menjejaskan keselamatan kenderaan pelanggan.

pic4 (2)

Perodua semalam, bersama-sama dengan pengedar servis dan stokis terpilih telah menyampaikan taklimat menyeluruh kepada kira-kira 120 pegawai penguatkuasa KPDNHEP, memberi pengenalan kepada pelbagai produk dan alat ganti Perodua, di mana produk dan alat ganti tersebut dijual, aliran logistik dan kaedah membezakan barangan tulen dan tiruan.

Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut adalah Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari dan pegawai- pegawai penguatkuasa kerana sudi menyertai inisiatif kami ini. Kami berharap sesi ini memberi manfaat serta membantu tugas mereka untuk mengesan, mengenalpasti dan membanteras barangan tiruan Perodua di pasaran.

perodua proganti

“Kami menggesa orang ramai agar tidak terjebak dengan taktik peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan Perodua. Beli dan pakailah produk dan alat ganti tulen Perodua daripada stokis-stokis kami yang sah atau mana-mana pusat servis Perodua di seluruh negara,” kata Dr Zahari.

Sebagai alternatif, Perodua turut menawarkan rangkaian produk dan alat ganti ProGanti yang dijual pada harga berpatutuan dan yang lebih penting, diuji dan diperakui oleh Perodua.

Previous post

Lexus ES Boleh Mula Ditempah - Harga Bermula RM299,888

Next post

Mazda3 2019 Pasaran Amerika Syarikat Dipanggil Semula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *