Berita Auto

Pengalaman dan Ekspresi Kepenggunaan Serba Baharu BMW Dengan Quill Automobiles

Wakil pengedar BMW yang terkemuka di Petaling Jaya telah membuka tirainya untuk membawakan pengalaman kepenggunaan yang baharu, ia memperkenalkan dua model mewah BMW dan bakal menghadiahkan BMW Z4 sDrive 30i M Sport menerusi kempen ‘X Marks the Future’.BHP Banner BMW Quill

Kenyataan Media

Petaling Jaya, 18 Julai 2019 – Quill Automobiles, wakil pengedar BMW yang terkemuka di Petaling Jaya serta tonggak utama dalam rangkaian wakil pengedar milik BMW Group Malaysia telah merungkaikan pengalaman dan ekspresi kepenggunaan yang baharu untuk menaik taraf penyampaian pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW.BMW Quill 02

Alex Tang, Prinsipal Pengedar Quill Automobiles mengambil peluang untuk berkata, “Sejak lebih daripada sedekad, Quill Automobiles terus membawakan komitmen kami terhadap pengalaman pemilikan premium BMW kepada pelanggan-pelanggan setia kami di Petaling Jaya. Komitmen tersebut kini dikukuhkan lagi melalui pembukaan bilik pameran baharu kami yang mencerminkan pengalaman dan ekspresi kepenggunaan serba baharu daripada jenama BMW.”

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia dalam pada itu berkata, “Keperluan para pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Sementara kami berikhtiar untuk membawakan kenderaan serta perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kami, kami juga percaya ia harus disinambungkan dengan suasana dan ambien yang setaraf dengan kualiti tersebut. Quill Automobiles memiliki kepakaran untuk menzahirkan pengalaman bertaraf tinggi ini dan mereka telah melaksanakannya dengan cemerlang sekali lagi.”

Bilik pameran Quill Automobiles yang baharu meliputi keluasan bersaiz lebih daripada 33,000 kaki persegi di perkarangan perniagaan utama yang terletak di pusat bandar Petaling Jaya. Sebanyak 14 kenderaan BMW dapat dipamerkan pada masa yang sama di ruang tersebut dan ia menjadikannya salah satu daripada wakil pengedar BMW yang terbesar di Malaysia.BMW Quill 03Melalui ekspresi baharunya, Quill Automobiles kini menampilkan butik mewah Grand Klasse (GKL), berserta BMW Customer Lounge, Isetta Bar dan ruang BMW Lifestyle. Wakil pengedar BMW di Petaling Jaya ini juga mengoperasikan pusat servis tunggal BMW Service Centre yang lengkap, ia terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya. Fasiliti berkeluasan 58,500 kaki persegi tersebut menempatkan bengkel servis serta fasiliti baik pulih kenderaan dan servis cat yang komprehensif.

Bersama 90 kakitangan yang berdedikasi, servis yang ditawarkan oleh wakil pengedar ini meliputi Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) untuk jenama BMW, serta ia berkhidmat sebagai wakil pengedar BMW Premium Selection.

Di majlis pembukaannya, Quill Automobiles telah melancarkan kempen ‘X Marks the Future’ yang memberi peluang kepada para pelanggan yang membuat setiap pembelian kenderaan BMW baharu dalam tempoh 13 Julai 2019 sehingga 31 Disember 2019 untuk memperoleh 10 tiket penyertaan untuk memenangi sebuah unit BMW Z4 sDrive 30i M Sport, iaitu jentera ‘roadster’ konvertibel yang diperkenalkan baru-baru ini oleh BMW.

“Untuk meraikan pembukaan tersebut dan untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia yang menunjangi kejayaan kami selama ini, kami akan menghadiahkan BMW Z4 terbaharu, jentera roadster premium yang paling mempesonakan diperkenalkan di pasaran Malaysia,“ ujar Tang.

Quill Automobiles juga telah mengambil peluang untuk merungkaikan BMW 7 Series terbaharu dan BMW X7 yang pertama kepada para pelanggan buat julung kali. Kenderaan bertaraf perdana ini merupakan penambahan terbaharu dalam portfolio mewah milik jenama BMW di Malaysia.

Quill Automobiles beralamat di Ground Floor, Quill 9, 112, Jalan Semangat, 46300 Petaling Jaya, Selangor.BMW Quill 04

Previous post

Ducati Panigale V4 25˚ Anniversario 916 Bakal Tiba di Malaysia Tahun Hadapan

Next post

Mercedes-AMG GLC43 Kini Lebih Berkuasa

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *