Berita Auto

Pembaca Tol Terbina Dalam LokaTAG Dilancarkan

Lokatech Engineering Sdn Bhd, dengan kerjasama Efkon, penyedia teknologi dari Austria bagi sistem kutipan tol elektronik inframerah di seluruh Malaysia, telah melancarkan pembaca tol terbina dalam yang pertama untuk segmen selepas pasaran.

BHP Banner Volvo Care Key

Dijual pada harga RM499 seunit, peranti pembaca tol terbina dalam LokaTAG menawarkan alternatif kepada penggunaan MaxTAG mudah alih yang dilancarkan dalam bulan Oktober 2018. LokaTAG direka supaya dapat disepadukan dengan kenderaan pengguna bersama dengan sambungan terus kepada bateri kenderaan.

Sesuai untuk semua jenis kenderaan, ia menampilkan paparan dengan pencahayaan belakang yang tahan lama yang memaparkan amaran ralat atau kekurangan kredit.

LokaTAG built-in toll reader unit is suitable for all vehicle models and powered by the vehicle's battery

Menerusi usahasama dengan Shopee Malaysia), pelanggan dari Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor yang membuat  pembelian LokaTAG dari gedung rasmi dalam talian LokaTAG akan menikmati pemasangan percuma di lokasi mereka, di samping Pelan Bayaran Mudah 0% hanya dengan tambahan RM1.

Bagi pelanggan di luar kawasan tersebut, mereka boleh memasang LokaTAG mereka secara percuma dengan pengedar berdaftar yang terpilih.

The LokaTAG antenna is normally fixed on top of the windscreen

Pengarah Efkon Asia Sdn Bhd Helmuth Blasch berkata, “Sambutan pasaran terhadap peranti MaxTAG mudah alih cukup menggalakkan di mana purata jualan bulanan mencecah 12,000 unit. Bagi peranti pembaca tol terbina dalam pula, kini terdapat lima jenama kereta terkemuka yang menggunakan produk kami yang dibuat khusus. Beberapa jenama lain bakal turut serta tidak lama lagi. Kini purata jualan bulanan untuk kedua-dua jenis peranti (mudah alih dan terbina dalam) berjumlah 25,000 unit.”

Previous post

Apa Di bawah Hud Hyundai Elantra Baharu

Next post

Harley-Davidson Fat Boy Kini Boleh Didapati Dalam Bentuk LEGO

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *