Van, Pikap & Trak

Pegangan Pasaran Ford Ranger Terus Kukuh Dengan Peningkatan 17.2 Peratus  

Permintaan separuh pertama kukuh untuk Ranger membantu meningkatkan pegangan pasaran segmen trak pikap untuk separuh tahun pertama kepada 17.2 peratus, kenaikan 1.7 peratus berbanding penggal yang sama tahun lalu.

BHP Banner Ford Ranger Kukuh

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Julai 2019 – Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini melaporkan kenaikan pegangan pasaran sebanyak 1.7 peratus bagi segmen trak pikap untuk separuh tahun pertama berbanding tahun lalu.

“Ranger dengan konsep ‘Built Ford Tough’ terus menjadi pilihan pelanggan di seluruh negara dan menempa kecemerlangan di dalam pasaran,” kata Truong Kim Phong, Pengarah Urusan Pasaran Baru Muncul Asia Pasifik, Ford Motor Company.

“Jualan Ranger meningkat dengan stabil kerana ia berjaya menarik minat ramai pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan yang sesuai untuk kegunaan kerja dan juga santai, “ujar Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

“Kami yakin momentum penjualan Ford Ranger akan berterusan di Malaysia dan kami akan terus komited dalam usaha meningkatkan mutu khidmat pelanggan dan juga kualiti pengalaman pemilikan,” tambah Muzri.

Baru-baru ini Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards. Ia membuktikan bahawa Ford Ranger sememangnya penanda aras industri bagi trak pikap, mengatasi pencabarnya yang lain berdasarkan kriteria-kriteria anugerah tersebut yang turut termasuk peningkatan dalam pegangan pasaran, strategi pemasaran, ciri-ciri penjualan dan kelebihan kompetitif utama.

Anugerah Frost & Sullivan ini merupakan pengiktirafan terbaharu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum ini termasuk Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019, Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my, serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese.

Untuk info lebih lanjut atau membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford

Ford Ranger Masih Kukuh 1

 

Previous post

Proton R3 Pamer Dominasi di Pusingan 3 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS)

Next post

Formasi ‘MINI 60’ Oleh Kereta-Kereta Mini Sambut Ulang Tahun

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>