Berita Auto

Nissan Skyline Kini Berwajah GT-R

Anda mungkin mengenali model ini sebagai Infiniti Q50 tetapi bagi pasaran Jepun, ia sebenarnya dijual sebagai Nissan Skyline. Model sedan ini telah diberikan nafas baru bukan sahaja bagi rekaan, malah juga dari segi kelengkapan.

BHP Banner Ingress Volvo

Seperti yang anda boleh lihat, Skyline kini menampilkan wajah lebih agresif dengan rekaan jeriji V-Motion yang jelas diinspirasikan oleh model GT-R. Lampu belakang turut direka semula dan kini menampilkan empat grafik bulat yang merupakan tanda dagang Skyline.

2019 Nissan Skyline facelift 06

Rekaan bahagian dalaman kekal seperti sebelum ini. Apa yang baru adalah kehadiran paparan HUD berwarna dan paparan Advance Drive Assist bersaiz tujuh inci yang merupakan sebahagian daripada sistem ProPilot 2.0.

2019 Nissan Skyline facelift 04

Didatangkan standard bagi varian hibrid, ProPilot 2.0 membolehkan pemandu melepaskan tangan dari stereng semasa memandu di lebuh raya. Dengan memasukkan input pada sistem navigasi, kereta ini bukan sahaja boleh memandu, malah boleh menukar lorong atau memotong kenderaan lain dengan sendirinya sehinggalah pemandu keluar dari lebuh raya.

2019 Nissan Skyline facelift 03

Skyline ditawarkan dengan beberapa pilihan enjin, bermula dengan enjin twin-turbo 3.0-liter V6 yang menjana 300 hp dan 400 Nm bagi varian GT, GT Type P dan GT Type SP di Jepun. Varian 400R yang memfokuskan kepada prestasi pula mempunyai 400 PS dan 475 Nm, menjadikan ia varian paling berkuasa dalam barisan Skyline.

2019 Nissan Skyline facelift 05

Model ini turut didatangkan dalam varian hibrid 2WD atau AWD yang menampilkan gabungan enjin NA 3.0 V6 dan sebuah motor elektrik. Secara keseluruhannya, gabungan ini menghasilkan 359 hp.

2019 Nissan Skyline facelift 02

Selain itu, aspek suspensi dan stereng turut dipertingkatkan. Sistem Intelligent Dynamic Suspension menyesuaikan kereta dengan keadaan permukaan jalan manakala Direct Adaptive Steering bertindak balas pada kelajuan kereta untuk respon yang optimum.

 

 

Previous post

Mazda2 Facelift Tampil Lebih Elegan

Next post

Kerjasama BMW and Tencent di China partnership Untuk Platform D³ - Data-Driven Development

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *