Berita Auto

Nikmati Kebebasan dan Fleksibiliti dengan Renault Subscription

Untuk pertama kalinya di Malaysia, pelanggan Renault boleh menikmati servis langganan ‘Renault Subscription’ yang menawarkan kebebasan dan fleksibiliti tanpa perlu merisaukan tentang pembiayaan yang panjang dan nilai susut kereta dari serendah RM43 sehari.

BHP Banner Jangka Hayat

Tersedia untuk model Captur dan Koleos, servis langganan kenderaan ini menawarkan dua pelan iaitu Fixed dan Switch. Pelanggan yang memilih pelan Switch yang lebih berstruktur boleh menikmati Captur dari serendah RM1,299 sebulan dan Koleos dari serendah RM2,299 sebulan.

Sementara itu, pelanggan yang memilih pelan Switch dengan bayaran serendah RM1,999 sebulan boleh menukar antara dua model tersebut mengikut keperluan mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk jadual-jadual berikut:

Fixed Plan

Switch Plan

Menurut TC Euro Cars, servis Renault Subscription mempunyai kelebihan-kelebihan seperti berikut:

  • Tiada terma tetap jangka panjang yang mahal
  • Kadar yang kompetitif dan fleksibiliti bagi menggalakkan pelanggan mencuba pelbagai model Renault
  • Kebebasan untuk menukar model untuk tempoh masa yang dipilih oleh pelanggan, tanpa penalti (untuk pelan Switch)
  • Semua kos seperti cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan terangkum di dalam pakej
  • Penjimatan tambahan tanpa bayaran pendahuluan dan kadar faedah

Bergantung kepada pelan yang dipilih, pelanggan akan dikenakan bayaran deposit keselamatan berjumlah RM2,500 atau RM3,500, yang akan dikembalikan.

Untuk masa yang terhad, pelanggan yang memilih pelan Fixed untuk tempoh dua tahun akan mendapat langganan percuma selama sebulan.

 

Previous post

Fake News Proton Wira 2020

Next post

Pikap Porsche Mungkin Menjadi Kelahiran Semula Kejayaan Cayenne

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *