Berita Auto

Naza Sumbang Kia Cerato Kepada ILKBS Untuk Pertandingan WorldSkills

Baru-baru ini, Kumpulan Naza telah membuat sumbangan berupa sebuah Kia Cerato kepada Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) untuk pertandingan WorldSkills Competition (WSC) 2019.

BHP Banner Bye Bye Beetle

Kereta tersebut akan digunakan dalam latihan dan persiapan Mohamad Ridzuan yang akan mewakili negara dalam kategori Car Painting di WSC 2019 yang akan diadakan di Kazan, Rusia dari 16 hingga 27 Ogos 2019.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada persiapan ILKBS untuk WSC 2019. Kami mengucapkan selamat maju kepada Mohamad Ridzuan untuk pertandingan tersebut dan kami berbangga dengan beliau kerana mewakili negara di peringkat antarabangsa,” kata SM Nasaruddin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings.

Pertandingan WSC tahun ini akan disertai oleh 60 buah negara yang juga merupakan ahli WorldSkills International (WSI). WSC diperkenalkan dengan tujuan untuk mengasah kemahiran belia dalam pelbagai industri dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengubah minat menjadi profesion.

 

Previous post

Selamat Tinggal Volkswagen Beetle

Next post

Allianz Serah 24 Topi Keledar Kepada Pemenang Peraduan Media Sosial

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *