Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Umum Pelantikan Ketua Jualan & Pemasaran Baharu

Mercedes-Benz Malaysia telah mengumumkan pelantikan Michael Jopp sebagai Ketua Jualan & Pemasaran, Mercedes-Benz Cars Malaysia dan Asia Tenggara II bermula 1 Julai 2019.

BHP Banner Beetle Bersara

Jopp menggantikan Mark Raine yang menggalas tugas baharu sebagai Naib Presiden Produk & Pemasaran di Mercedes-Benz Korea setelah berkhidmat selama empat tahun di Malaysia.

“Dengan pengalaman luas dalam industri dan kepakaran dalam jualan dan pemasaran, kami yakin bahawa beliau mampu menerajui pasaran dan mengekalkan kedudukan No.1 kami dalam pasaran automotif premium Malaysia. Beliau juga akan memainkan peranan utama dalam strategi pelanggan kami,” kata Dr. Claus Weidner, Ketua Rantau Asia Tenggara II.

Sebelum menyertai Mercedes-Benz Malaysia, Jopp berkhidmat sebagai Naib Presiden Jualan & Pemasaran di India selama hampir tiga tahun. Sepanjang beliau berkhidmat di sana, Mercedes-Benz India mendahului ranking Kepuasan Jualan JD Power, selain turut memperkenalkan pelbagai inisiatif digital baharu.

Appointment of Michael Jopp (4)

Jopp merupakan tokoh penting dalam mengekalkan kedudukan Mercedes-Benz India dalam segmen kenderaan mewah, mengakhiri tahun 2018 sebagai jenama kereta mewah paling laris untuk tahun keempat berturut-turut.

Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri automotif dan pernah menyandang jawatan-jawatang penting berkaitan Daimler dan Mercedes-Benz di Jerman.

Jopp merupakan graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Goizueta Business School di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Beliau gemar bermain golf dan mengembara pada masa lapang.

Previous post

Pandu Uji Ringkas: Nissan X-Trail Facelift

Next post

Proton Umum 12 Finalis Pertandingan Pemasaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *