Berita Auto

Mazda3 2019 Pasaran Amerika Syarikat Dipanggil Semula

Walaupun baru sahaja dilancarkan di pasaran, Mazda3 2019 sudah pun terlibat dengan panggilan semula di Amerika Syarikat atas isu keselamatan.

BHP Banner power boot x70

Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), Mazda North American Operations telah mengeluarkan arahan panggilan semula untuk Mazda3 baharu yang mungkin mempunyai ruang antara ‘hub bolts’ dan ‘hub flanges’ ketika pemasangan.

Ini boleh menyebabkan nat menjadi longgar dan jika tidak disedari, tayar mungkin akan tercabut jika kereta dipandu secara berterusan.

Mazda-3-2019-1280-49

Unit-unit yang terlibat dipasang dari 25 September 2018 hingga 19 April 2019, menjadikan jumlah keseluruhan 25,003 unit. Unit-unit tersebut dipasang sama ada di kilang Mazda di Jepun atau Mexico.

Nombor identiti kenderaan yang terjejas adalah dari JM1BPACM2K1100042 hingga JM1BPAMM0K1136438, dan dari 3MZBPAEM7KM100048 hingga 3MZBPAEM7KM100048. Setakat ini, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan akibat masalah ini.

Bagaimanapun, pelanggan yang ingin membeli Mazda3 tidak perlu khuatir kerana dokumen NHTSA tersebut menyatakan bahawa Mazda telah mengambil langkah-langkah pembetulan yang sepatutnya di kedua-dua kilangnya itu.

Previous post

Perodua Jalin Kerjasama Dengan KPDNHEP Sekat Produk Tiruan

Next post

Dino 246 GT Perlu Direbiu Sebagai Ferrari Moden

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *