Berita Auto

Mazda3 (2019) Masuk Pasaran Malaysia

Bermaz Motor hari ini melancarkan Mazda3 generasi untuk pasaran Malaysia. Model yang ditunggu-tunggu ini boleh didapati dalam lima varian secara keseluruhan iaitu 1.5 Sedan, 2.0 Sedan High, 2.0 Sedan High Plus, 1.5 Liftback dan 2.0 Liftback High Plus.

BHP Banner Mini 60

Mengekalkan platform Skyactiv yang telah digunakan sejak kemunculan model generasi sebelum ini, Mazda3 baharu menampilkan evolusi terkini bahasa reka bentuk Kodo dengan personaliti berbeza mengikut varian.

IMG_9412

Sedan mengetengahkan imej yang elegan manakala Liftback mempunyai penampilan yang beremosi dan mengujakan. Bentuk lampu menjadi lebih tajam dan kini dilengkapi dengan teknologi LED dan ciri Front Signature Illumination (varian High Plus sahaja).

IMG_9448

Bahagian dalaman tetap ringkas seperti sebelum ini dengan beberapa peningkatan seperti konsol tengah baharu, serta panel kawalan, perehat tangan dan pemegang cawan yang diposisikan semula. Sistem infotainment Mazda Connect boleh diakses menerusi paparan bersaiz 8.8 inci dan kini menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

IMG_9432

Dari aspek mekanikal, varian 1.5 Skyactiv menjana 118 hp pada 6,000 rpm dan 153 Nm pada 4,000 rpm, manakala varian 2.0 Skyactiv-G pula mempunyai 162 hp pada 6,000 rpm dan 213 Nm pada 4,000 rpm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik Skyactiv-Drive enam kelajuan. Ciri G-Vectoring Control Plus adalah standard bagi semua varian.

IMG_9425

Menurut Mazda, tumpuan turut diberikan pada penambahbaikan aspek Noise, Vibration and Harshness (NVH). Antara perubahan yang dilakukan adalah penambahan bahan penebat pada bahagian headliner dan lantai serta penggunaan struktur penebat ‘two-wall’.

IMG_9469

Dari segi keselamatan, Mazda3 didatangkan standard dengan tujuh beg udara, ABS, Dynamic Stability Control, Traction Control System, Emergency Stop Signal dan Hill Launch Assist. Sebagai tambahan, varian High Plus dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih i-Activesense yang merangkumi Driver Attention Alert, Adaptive Front-Lighting System, High Beam Control, Blind Spot Monitoring dengan Rear Cross-Traffic Alert, Front & Rear Brake Support dan Mazda Radar Cruise Control.

IMG_9462

Ditawarkan dalam versi import (CBU), harga bagi Mazda3 bermula dari RM138,900 bagi varian 1.5 Sedan dan 1.5 Liftback, RM148,900 bagi varian 2.0 Sedan High dan RM158,900 bagi 2.0 Sedan High Plus dan 2.0 Liftback High Plus.

IMG_9428

Tujuh warna ditawarkan iaitu Soul Red Crystal, Machine Grey, Jet Black, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Snowflake White Pearl dan Polymetal Grey Metallic (Liftback sahaja). Semua varian didatangkan dengan waranti pengeluar dan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau 100,000 km, yang mana tiba terlebih dahulu.

IMG_9439

IMG_9453

IMG_9459

IMG_9428

IMG_9426

Previous post

Perodua Sasar Jual 235,000 Kenderaan Tahun Ini

Next post

Eksport ASEAN Pertama Pusat Pengeluaran PSA Groupe di ASEAN, Pengilangan Automotif Naza

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *