Bisnes

Jaguar Land Rover Akan Melabur Berjuta Dalam Kilang Kereta Eletrik Di UK

“Masa depan mobiliti adalah eletrik dan sebagai sebuah syarikat British yang berwawasan, kami komited untuk menjadikan generasi berikutnya kenderaan pelupusan sifar di UK,” kata ketua eksekutif Ralf Speth pagi ini (Jumaat) dalam satu majlis akhbar yang mengesahkan pelaburan berjuta pound di kilang Castle Bromwich di pusat England, bermula dengan salun mewahnya, XJ.

BHP Banner JLR

Arah baru Jaguar Land Rover adalah berita baik kerana pelaburan ini menjamin pekerjaan 2,500 pekerja di England.Jaguar-I-Pace-3Baru-baru ini, Jaguar Land Rover, yang dimiliki oleh syarikat India Tata juga mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan barisan kenderaan diesel secara berperingkat kerana pembeli di seluruh Eropah dan Asia beralih dari kenderaan berkuasa diesel premium. Tata juga berusaha menjalankan pemotongan £ 2.5B baru-baru ini untuk mengurangkan kos di tengah kelembapan jualan dan telah memotong 4,500 pekerjaan di seluruh tenaga kerja global mereka untuk memenuhi langkah mengurangkan kos untuk mengurangkan kerugian.

Jaguar Land Rover kekal sebagai syarikat kereta terbesar England di mana hantarannya hampir 30% daripada jumlah keseluruhan 1.5 juta kenderaan negara pada 2018.Jaguar-I-Pace-2

Previous post

Mercedes-AMG A 45 dan CLA 45 Tampil Dengan Enjin Turbo 4 Silinder Paling Berkuasa

Next post

Kereta Panjat Tiang Elektrik. Macam Mana Boleh Terjadi?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *