Berita Auto

Lister LFT-C Jelmaan F-Type SVR Convertible Dengan 666 HP

Dengan 575 hp, Jaguar F-Type SVR Convertible sebenarnya sudah cukup berkuasa dan mampu memberikan saingan hebat kepada jentera yang lain seumpamanya.

BHP Banner Alfa Romeo Racing

Namun bagi mereka yang inginkan lebih kuasa, syarikat talaan Lister Motor Company dari Lancashire, England mempunyai sesuatu yang boleh memenuhi kehendak itu.

first-lister-lft-c-completed (1)

Dikenali sebagai LFT-C, jentera ini membawa prestasi F-Type SVR Convertible ke tahap yang lebih tinggi dengan 666 hp dari enjin supercharged 5.0-liter V8 itu.

Lister tidak mendedahkan modifikasi yang dilakukan pada enjin tersebut namun dengan peningkatan sebanyak 91 hp, ia kini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa tiga saat dengan kelajuan maksimum mencecah 330 km/j.

first-lister-lft-c-completed (2)

Selain peningkatan kuasa, LFT-C turut menampilkan panel badan gentian karbon yang bukan sahaja memberikan kelebihan dari segi aerodinamik, malah membuatkan ia kelihatan lebih agresif.

Ia merangkumi bampar hadapan baharu, splitter hadapan, diffuser belakang, lip spoiler belakang, gerbang roda yang lebih lebar serta rekaan jeriji baharu.

first-lister-lft-c-completed (3)

Peningkatan lain seperti rim, sistem ekzos, brek dan sistem gantungan pula adalah sama seperti yang terdapat pada model LFT-666 yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Aspek kemewahan turut diberi peningkatan dalam bentuk upholsteri kulit Nappa yang membaluti seluruh pelosok ruang dalaman. Sudah tentu, pelanggan bebas untuk memilih pelbagai jenis bahan dan kemasan lain yang ditawarkan oleh Lister.

first-lister-lft-c-completed (4)

Bagi menjadikan ia eksklusif, hanya 10 unit LFT-C akan dibina dengan harga bermula dari £139,000  (RM717,337).

Previous post

Edisi Alfa Romeo Racing Giulia & Stelvio Quadrifoglio Debut Di Goodwood

Next post

Lamborghini Akan Hadkan Pengeluaran Untuk Kekalkan Eksklusiviti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *